Usahawan sensasi Nur Sajat yang baru-baru ini dimasukkan ke wad atas masalah kesihatan sudah pun dibenarkan pulang.
Menerusi Instagram, penyanyi Makhluk Penggoda itu ada berkongsi sepotong video berkenaan keadaan terkininya, beberapa jam lalu.
Terbaring di atas katil, Sajat turut ditemani anak-anak dan ibunya.
“Sudah okay sikit. Cuma kena rehat,” kata ibunya menerusi video tersebut.
Ketika ditanya pengurus apakah yang menyebabkan keadaan usahawan sedemikian, ibunya menjawab;
“Kita berubat saja…biasalah. Tak nak tuduh siapa-siapa,” katanya lagi.
Foto: Instagram Sajat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sorang Dah Bukak YouTube Masa Kelas, Sorang Panjat Kerusi,” – Fakhrul UNIC Akui Sangat Mencabar Untuk Lakukan PdPR
Seperti sedia maklum, pihak kerajaan telah menetapkan sesi persekolahan akan dijalankan melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Selepas dua hari perlaksanaan PdPR, penyanyi dan usahawan Fakhrul UNIC turut ada berkongsi pengalaman anaknya menjalani sesi persekolahan yang dijalankan secara dalam talian.
Kongsi Fakhrul, untuk memantau serta melaksanakan PdPR kepada anak-anak bukan satu perkara yang mudah dan penuh dengan cabaran.
“Fuhhh online school day2..kelas straight..baru 2 hari pun mencabar haha. Baru tinggai sat ja sorg dh bukak youtube time kelas, sorg panjat kerusi nak naik moto ptut cikgu pggil tak jawab2 .
“Parent / penjaga mmg kena bantu cikgu2 bg lancarkan kelas..struggle tgk cikgu ngajar dlm norma baru ni..mmg respect .
“Moga barakah ilmu, tq cikgu2 seluruh malaysia. Good luck semua students. Gambar last tu pishaaaang sbb geng dh masuk skolah
#pkp #pdpr #covid_19 #onlineschool #muqri #waffa #ayyash,” tulisnya.
Sebelum ini, pihak kerajaan telah mengambil insiatif untuk menetapkan sesi persekolahan dijalankan secara PdPR atau sesi pembelajaran dalam talian bermula 20 Januari bagi membendung penularan wabak Covid-19 di seluruh negara.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 22 Januari sehingga 4 Februari hadapan.
Foto: Instagram Fakhrul UNIC
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hubungan Nourul-Nazirah Kembali Jernih, Ajai – “Mereka Darah Daging, Mesti Akan Berbaik Kalau Ada Masalah.”
Penyanyi dan komposer Ajai memaklumkan hubungan anaknya, Ayu Nazirah dengan bekas isteri iaitu penyanyi Nourul Wahab sudah kembali jernih.
Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas, 48, berkata, mereka sudah berhubung dan saling bermaafan atas kemelut yang berlaku sebelum ini.
“Mereka sudah berbaik. Ayu maklumkan kepada saya dia ada hubungi mamanya (Nourul). Mereka dah bermaafan.
“Alhamdulillah hubungan mereka dah okey. Biasalah kisah ibu terasa ini. Tiada apa yang serius pun,” katanya.
Ajai berkata demikian ketika ditemui pada sidang media lagu Saag Hilang Cintamu daripada Aufahanie di Damansara, Selangor.
Ajai juga menjelaskan, dia tidak pernah masuk campur atas kemelut yang berlaku antara Nourul dan Ayu sebelum ini.
“Bagi saya dua-dua sudah pun dewasa dan boleh buat keputusan sendiri. Kalau bab gaduh antara ibu dan anak ini saya dah faham sangat.
“Mereka ialah darah daging. Mesti akan berbaik kalau ada masalah,” katanya lagi.
Dalam masa sama Ajai turut menafikan dakwaan anaknya yang tinggal bersama pelakon Maria Farida sehingga menjadi punca perbalahan.
Malah, Ajai menyambut baik hubungan cinta Ayu bersama anak aktres Maria, Mizan Ashley.
“Ayu pernah jadi pembantu peribadi kepada Maria. Tetapi dia sekarang ada kerja sendiri dalam bidang Zoologi. Dia pun kini ada rumah sendiri.
“Kalau Ayu nak kahwin saya terbuka. Itu pilihan dia dan saya sokong. Umur dia pun sudah semakin meningkat.
“Cuma saya nasihatkan fokus kepada kerja dahulu. Untuk bakal suami Ayu stabilkan dahulu kehidupan sebelum ambil keputusan berkahwin,” katanya.
Terdahulu pada September lalu, Nourul berkongsi di media sosial foto dirinya sedang hamil dan menceritakan kronologi sebelum melahirkan Ayu sekitar 25 tahun lalu dan seperti terasa hati kerana anaknya sudah mempunyai ‘ibu baru’.
Perkongsian dibuat itu menerima pelbagai komen netizen yang berbaur sedih dan terharu dengan pengorbanan besar seorang ibu yang sanggup berkorban apa saja termasuk nyawa demi anak tersayang.
Ayu Nazirah ialah cahaya mata tunggal Nourul bersama bekas suami, komposer Ajai yang bernikah pada 1996 dan sah bercerai pada 2006.
Pada 2012, Nourul berkahwin kali kedua dengan lelaki Perancis, Eric Daniel Depp dan dikurniakan tiga anak iaitu Zachary, 10, Raphael, 8, dan Isabella 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Tak Bekerjasama, Yang Bagus Tak Mungkin Terjadi,” – Pelakon Tiada Asas Bela Diri, Yayan Ruhian Tak Kisah Sebab…
Meskipun sudah menempa nama di Hollywood menerusi filem blockbuster seperti John Wick: Chapter 3 dan Star Wars: The Force Awakens, pelakon Indonesia, Yayan Ruhian mendedahkan dia tiada masalah bergandingan dengan mana-mana pelakon meskipun mereka tidak mempunyai asas dalam melakonkan babak-babak aksi.
Menurut Yayan, kejayaan sesebuah filem itu bukan bergantung kepada individu tetapi kerjasama di antara barisan pelakon untuk mengikut kehendak pengarah.
“Pada pendapat saya, kehebatan sesebuah filem itu terhasil bukan kerana individu itu terkenal atau handal didalam sesuatu hal tetapi ia terjadi kerana kerjasama. Dalam adegan pertempuran, kita tidak berlawan berseorangan.
“Kalau saya berlawan dengan sesiapa pun, sama ada dengan mereka yang mahir dalam seni bela diri atau yang tiada asas langsung, saya tetap kena ikutkan senario yang telah ditetapkan oleh pengarah.
“Siapa yang kalah atau menang, diserang atau menyerang, itu semua sudah ditetapkan. Jadi, di dalam sesebuah filem itu, kita kena percaya dengan sesiapa sahaja yang bekerja dengan kita saat itu,” katanya kepada MH.
Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan gala filem Satria Dewa: Gatotkaca yang berlangsung di Sunway, Pyramid, Petaling Jaya pada Isnin.
Katanya lagi, dia juga akan menuruti segala kemahuan pengarah dan mengikuti koreografi yang telah ditetapkan.
“Walaupun saya sudah berpengalaman dalam seni bela diri dan harus bergandingan dengan palakon baru yang langsung tiada asas dalam filem aksi, saya tidak akan sesuka hati mengajarnya.
“Pengarah sudah pun menyedia tenaga pengajar yang lebih berhak memberikan tunjuk ajar. Mereka adalah daripada team koreografi. Saya juga harus patuh dengan ajaran mereka.
“Saya tak boleh bergerak sendiri. Saya harus bergandingan dengan pasangan saya selama saya menjayakan sesebuah babak aksi itu.
“Jadi, yang bagus itu bukan saya. Yang bagus itu adalah babak aksi atau filem itu sendiri. Kalau kami tak boleh bekerjasama, yang bagus itu tak mungkin terjadi. Sesebuah filem aksi itu bagus bukan kerana adanya Yayan atau Cecep tetapi kerana kerjasama semua pihak.
Ketika ditanya adakah emosinya akan berubah jika gandingaannya itu tidak cekap ketika melakonkan babak aksi, Yayan memberitahu, sifat seperti itu tidak seharusnya ada di dalam diri seorang pelakon.
“Janganlah bersikap begitu. Itulah pentingnya kita membuat persiapan dan mengadakan workshop sebelum memulakan penggambaran. Jadi, kita sudah saling memahami di antara satu sama lain.
“Berapa peratus kelajuan kita untuk sesuatu babak aksi itu, kita sendiri yang tahu melalui latihan bersama. Ketika penggambaran pula, trick kamera juga digunakapai. Jadi, yang paling penting adalah kerjasama.
“Saya tidak pentingkan dengan siapa saya bekerja tetapi lebih kepada bagaimana saya harus bekerja. Alhamdulillah, selama ini saya boleh berkerjasama dengan sesiapa sahaja baik di Indonesia atau luar negara,” akhirinya.
Terdahulu, Satria Dewa: Gatotkaca merupakan sebuah filem adiwira Indonesia yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 18 Ogos ini.
Selain Yayan, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat negara seberang seperti Rizqy Nazar, Yasmin Napper dan Cecep Arif Rahman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Yayan Ruhian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI