Usahawan dan penyanyi Safiey Illias ada berkongsi video di Instagrammya sebentar tadi.
Kisahnya bermula apabila Safiey atau nama manjanya Syinta mahu mengisi angin tayar di sebuah stesen minyak.
“Tak reti lah pump tayar. Makin kempis jadinya. Benci syinta. Abg masyam tolong syinta.. Papa gorilla syinta xdek,” tulis Safiey.
View this post on InstagramA post shared by SYINTA GILA®️ (@safieyillias94) on
Bagaimanapun,Safiey dilihat agak kekok untuk melakukan perkara tersebut (pam tayar).
Lalu, netizen telah meningalkan komen yang pelbagai terhadap reaksi penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Gila itu.
Video : IG Safiey Illias
https://youtu.be/nZlmrPIw8VY
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sakinah Bidas Netizen Kutuk Rambut ‘Afro’ Anak; “Kamu Semua Sangat Menyedihkan.”
Pelakon Sharifah Sakinah melahirkan perasaan kesal terhadap tindakan sesetengah netizen yang mengejek serta mengutuk penampilan rambut anak tunggalnya, Anais Adha.
Berkongsikan luahan itu di laman Instagramnya, Sakinah, 33, menyifatkan golongan sebegitu sangat menyedihkan.
“Kamu semua sangat menyedihkan!Mari kita bincangkan kenapa orang mahu mengutuk/mengejek rambut afro cantik yang dimiliki Anais,” tulis Sakinah di ruangan kapsyen.
Pelakon berusia 33 tahun itu memuat naik tajuk berita sebuah portal tempatan yang melaporkan mengenai keadaan rambut anaknya yang menjadi bahan ejeken netizen baru-baru ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Sakinah dan anaknya agar tidak membaca komen-komen negatif tersebut.
Malah, kakak Sakinah, Sharifah Shahirah juga turut berkata rambut anak Sakinah mengambil gen daripadanya yang turut memiliki rambut jenis kembang.
“I selalu rambut macam tu siap ada kutu… kawan i ramai ok je happy. Ikut aku ler… ok je jadi orang,” tulis Shahirah.
“Crazy rambut gitu kena ejek… for me, her hair sangat unik dan cantik.
“Why people so rude! Perfect sangat ke mereka yang ejek tu?
“Yang ejek-ejek tu macam tak berakal pula. Nanti kata bodoh, marah.
“Kesian, budak kecil pun nak dikecam,” komen sebahagian netizen.
Sekadar info, Anais, 5, merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Sakinah dengan bekas suami, Aliff Adha.
Sakinah kemudiannya berkahwin dengan jejaka Sweden, Michael Hansen dan kedua-duanya kini menjalani perkahwinan jarak jauh berikutan suaminya kini sudah kembali bekerja di negara kelahirannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Good Sharing! 20 Hari Berpuasa, Yatt Hamzah Kongsi Doa Sepanjang Malam Lailatulqadar
Seperti ketahui umum, seluruh umat yang beragama Islam sudah pasti menantikan malam Lailatulqadar tiap kali hadirnya Ramadan.
Pelakon, Yatt Hamzah ada berkongsi tips dan doa yang boleh diamalkan sepanjang 10 hari terakhir ramadan untuk mendapatkan rahmat malam Lailatulqadar.
“Malam ini akan masuk 20 RAMADHAN.. 20 hari berpuasa. Maka bermulalah pemburuan MALAM LAILATULQADAR.
“Amalkan DOA 6 perkataan ini untuk menjemput LAILATULQADAR.
“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu’ anni (Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan Engkau mencintai orang yang meminta maaf, Maka maafkanlah aku). #bondaYattShare,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by BONDA YATT . BONDA OF 4 (@yatthamzah_suci) on
Di samping itu, rata-rata peminat memberi ucapan terima kasih Yatt yang sudi berkongsi ilmu agama kepada peminat.
Semoga perkongsian Yatt dapat dijadikan sebagai amalan dan manfaat kepada semua.
Foto: Instagram Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baby Girl Kak KM Usia 2 Hari Tumbuh Gigi – “Alhamdulillah Anak Mama…”
Selepas usahawan, Liana Rosli selamat melahirkan anak keempatnya minggu lalu, puteri yang diberi nama Cinta Carissa itu menjadi perhatian kerana dikatakan sudah pun mempunyai gigi.
Bukan sahaja dipuji kerana kecomelannya sebelum ini, namun video yang dikongsi Liana atau sinonim disapa sebagai Kak KM di Instagram yang merakam bentuk gigi dan gusi anaknya yang baru berusia dua hari ketika itu menjadi buah mulut.
Malah hantaran tersebut sudah pun menerima lebih 120,000 tontonan bersama komen pengikut yang turut berkongsikan pengalaman masing-masing.
Serentak dengan itu, Kak KM meluahkan rasa syukur dengan anugerah yang dikurniakan.
“Alhamdulillah anak mama bawak tuah. Hari kedua dah tumbuh gigi,” tulisnya ringkas.
Cinta Carissa dilahirkan secara normal dengan berat 3.80kg.
Untuk rekod selain Cinta, Liana dan suaminya Razman Ramli juga dikurniakan dua anak perempuan serta seorang lelaki iaitu Nabila Razman, 18, Fariz Razman, 14 dan Rania Razman yang berusia 11 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instgaram Liana Rosli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI