Keletah salah seorang anak kembar kepada pelakon Datin Paduka Eina Azman, Ariana Aubrey yang dimuat naik di Instagram awal malam tadi cukup menarik perhatian ramai.
Apa tidaknya, gelagat si kembar kepada Karl Kareef yang petah membaca doa, surah dan zikir sebelum tidur mendapat reaksi positif netizen.
Lalu, ramai memuji dan tak kurang yang turut kagumi didikan si ibu yang bijak mendidik anak, khasnya dalam hal berkaitan ilmu agama.
Sehingga kini, video pendek itu sudah pun ditonton lebih 300,000 kali.
Terdahulu, Eina mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmet pada 31 Ogos 2014.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ya Allah, Peliharalah Mereka,”- Ini Doa Datuk Red Buat Dua Isterinya, Datin Syafila & Adira
Memiliki dua atau lebih isteri bukanlah sesuatu yang mudah andai si suami tidak boleh berlaku adil dan berkemampuan.
Mana tidaknya, dalam hal sebegini mereka perlu menjaga hati banyak pihak baik dari segi masa, kewangan dan layanan yang sama rata.
Namun, usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih sinonim disapa sebagai Datuk Red cuba memberikan yang terbaik buat dua isteri.
Malah, dia juga sentiasa mendoakan buat kedua -dua isterinya iaitu Datin Syarifah Nor Syafila dan penyanyi, Datin Adira.
“Ya Allah kau lindungi la mereka sebagaimana mereka melindungi aku ya Allah.jaga la mereka semoga mereka terus istiqomah terhadap mu ya Allah.
“Jika di takdirkan aku pergi dulu mngadap Mu.pelihara la mereka supaya kami bertemu di syurga Mu ya Allah,” tulisnya sambil disertakan foto kedua isterinya.
View this post on InstagramA post shared by Hamba Allah Dan Bakal Jenazah (@dato.red) on
Untuk rekod, Datuk Red berkahwin dengan
Syafila dan dikurniakan lima orang cahaya mata.
Sebelum perkahwinan itu, Red pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.
Mereka juga dikurniakan dua orang cahaya mata.
Red kemudian berkahwin dengan Adira pada 3 Disember 2015 di Songkla, Thailand.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Anggrek pada, 2, Asan, 1 dan Adira kini sedang hamil anak ketiga.
Foto: Instagram Datuk Red
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terlibat Kemalangan, Adik Afdlin Shauki Akhirnya Telah Pergi Menemui PenciptaNya Petang Tadi. Al-Fatihah
Adik kepada pelakon dan hos, Afdlin Shauki, iaitu Jefri Adzman Aksan meninggal dunia sebentar tadi kira-kira jam 5.14 petang tadi di Hospital Thomson, Kota Damansara.
Berita sedih berkenaan disampaikan Afdlin sendiri menerusi Instagram miliknya, sejam lalu.
Sambil meminta agar salah dan silap Allahyarham dimaafkan, bintang itu turut berdoa agar Allah SWT menjaga dan menjauhkan siksa kubur adik serta ibunya yang turut sama meninggal dunia Oktober tahun lalu.
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua. Adik lelaki saya, Jefri Adzman Bin Aksan telah pulang ke rahmatullah pada hari ini, pukul 5:14pm di Hospital Thomson Kota Damansara.
“Moga rohnya ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang beriman.
“Pada yang mengenali adik saya, saya memohon maaf segala kesilapan beliau. Dan halalkan makan dan minum beliau. Jika adik saya ada berhutang dgn sesiapa, boleh lah sekiranya menghubungi saya.
“Sekarang adik dah boleh jaga mak In Shaa Allah di jannah. Tak aci korang dah bersama. Ya Allah jagalah mereka, hindarkanlah siksa kubur, elakkan dari azab api neraka, elakkan dari fitnah sewaktu hidup dan selepas mati. Elakkan dari fitnah dajjal. Kejap sangat Allah pinjamkan kau dekat kami jep… Yeop sayang kau jep. Afdlin Shauki,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on
Ahad lalu, arwah telah dilaporkan terlibat di dalam kemalangan jalan raya hingga menyebabkan Allahyarham mengalami pendarahan di bahagian otak.
View this post on InstagramA post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on
Beberapa jam sebelum itu, bintang senior berkenaan turut meminta bantuan orang ramai yang mengetahui kejadian kemalangan secara terperinci agar menghubunginya bagi membantu siasatan.
AlFatihah dan salam takziah dari MH buat Afdlin seisi keluarga.
Foto: Instagram Afdlin Shauki
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Peminat Tak Pernah Bosan, Mereka Sentiasa Nak Tonton Persembahan Saya..” – Siti Nurhaliza Belum Sedia ‘Bersara’
Isi Kandungan
ToggleSiapa tak kenal akan penyanyi bersuara gemersik lemak merdu yang mendapat jolokan ‘Penyanyi nombor satu negara’, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang sudah berkecimpung dalam industri seni suara tanah air sejak tahun 1996 hingga sudah mempunyai syarikat rakaman miliknya sendiri iaitu Siti Nurhaliza Productions (SNP).
Menurut suri hati kepada usahawan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa tahun 2024 merupakan tahun yang amat sibuk apabila dirinya rancak mengadakan empat lagi siri konsert solo selepas sukses menerusi konsert ‘Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’, Mac lalu.
Rancak Adakan Konsert Bukan Petanda Siti Mahu ‘Undur Diri’ Dari Dunia Seni
Menurut Siti, penganjuran empat konsert berskala mega yang berlangsung di Singapura dan Genting Highland itu bukanlah penanda aras mahupun kayu ukur bahawa dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian dalam masa terdekat seperti didakwa segelintir pihak.
“Dalam hidup saya ini, saya menyanyi kerana bakat yang Allah berikan. Saya pun tahu bila sampai waktunya nanti, saya tidak akan berada di atas pentas selamanya.
“Saya juga ada matlamat dan perancangan yang ingin dilakukan di hari tua nanti.
“Namun, segala yang saya miliki ini merupakan kurniaan Allah. Jadi, saya belum mampu untuk beritahu bilakah umur dan masanya untuk saya akan berhenti,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai kepuasan yang masih ingin dicari sebagai seorang anak seni, penyanyi lagu Cindai ini memaklumkan dirinya sentiasa dahagakan ilmu baharu demi meningkatkan kualitinya sebagai seorang penghibur.
“Dalam hidup ini, tak kisah sama ada bergelar penyanyi atau pekerjaan lain, selagi kita melihat ada banyak peluang di hadapan kita, kita akan sentiasa menjadi orang yang ingin belajar lagi.
“Ada orang pernah bertanya sama ada saya suka buat persembahan biasa atau konsert? Pada saya, persembahan biasa ini memang mudah. Nyanyi beberapa buah lagu kemudian, selesai dan tak perlu berlatih berbulan-bulan.
“Tapi saya lebih suka buat konsert. Di situ, saya akan menguji kekuatan fizikal dan mental. Malah, saya akan menjadi orang yang lebih kreatif dan sentiasa mencari idea-idea baharu,” ujarnya lagi.
Peminat Tak Pernah Bosan, Malah Dahagakan ‘Performance’ Siti Nurhaliza
Pada masa sama, Siti tetap percaya usaha mencari pembaharuan dalam setiap karya membuatkan tidak jemu untuk menonton persembahannya walaupun menyanyikan lagu-lagu yang sama.
“Kalau ditanya kepada peminat sama ada mereka sudah bosan dengan persembahan saya, jawapannya pasti tidak. Mereka sentiasa nak tonton persembahan saya
“Walaupun saya menyanyikan lagu yang sama, saya akan berikan sentuhan baharu. Saya suka mencari pembaharuan dan hal itu yang membuatkan saya seronok,” akhirinya.
Terdahulu, pada tahun ini, Siti telah mengadakan beberapa siri konsert berskala mega antaranya di Kuala Lumpur, Singapura dan Genting Highland.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber foto: Instagram Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI