Categories: Berita

[VIDEO] “Terang Betul Hati…,” – Gelagat Comel Anak Kembar Petah Baca Doa & Surah, DP Eina Azman Dipuji Cerdik Didik Anak

Share

Keletah salah seorang anak kembar kepada pelakon Datin Paduka Eina Azman, Ariana Aubrey yang dimuat naik di Instagram awal malam tadi cukup menarik perhatian ramai.

Apa tidaknya, gelagat si kembar kepada Karl Kareef yang petah membaca doa, surah dan zikir sebelum tidur mendapat reaksi positif netizen.

Lalu, ramai memuji dan tak kurang yang turut kagumi didikan si ibu yang bijak mendidik anak, khasnya dalam hal berkaitan ilmu agama.

Sehingga kini, video pendek itu sudah pun ditonton lebih 300,000 kali.

Terdahulu, Eina mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmet pada 31 Ogos 2014.

Published by
Rafiq Mazlan