Bintang asal Indonesia dan usahawan berjaya, Tya Arifin menyatakan rasa gembira apabila hajatnya untuk pulang ke kampung halaman di Palembang tercapai selepas lebih dua tahun tidak bersua muka dengan orang tuanya baru-baru ini.
Ia susulan kelonggaran dalam kebenaran merentas negeri yang sememangnya mampu membuatkan mereka yang sudah lama memasang niat untuk pulang ke pangkuan keluarga sudah mampu menarik nafas lega.
Penyanyi lagu Bagaikan Mutiara itu menambah, dia pulang ke kampung sambil ditemani kedua cahaya matanya Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa tanpa suami, Asyraf Khalid di sisi.
“Keputusan untuk balik kampung dibuat pada saat akhir. Jadi, suami tidak dapat ikut kerana beliau memerlukan visa pelancong untuk memasuki Palembang.
“Proses mendapatkan visa mengambil masa. Jadi, saya dan suami ‘berpisah’ seketika. Suami juga boleh menguruskan perniagaan jus kesihatan kami,” katanya.
Sementara itu di dalam satu hantaran di Instagram, pengasas minuman kesihatan, Mutyara Beauty itu turut menjalani tempoh kuarantin di hotel, dilihat tidak mampu menahan rasa rindu selepas berkesempatan menatap wajah keluarganya.
Meskipun sebak memeluk tubuh bapanya ketika menjemput keluarga kecilnya di lapangan terbang, aktres yang mula dikenali menerusi drama Preman Pensiun ini dilihat tetap bersyukur kerana masih diberi rezeki untuk bertandang kembali ke negara asalnya.
“Alhamdulillah sampai di Palembang setelah 2 tahun lebih bertemu, Inilah kehidupan. Sebagai anak, kita haruslah lalukan yang terbaik untuk ibu bapa dan keluarga kita selagi mereka masih ada,” jelasnya.
Dalam pada itu, Tya juga tidak menyangka pandemik COVID-19 nyata memberi tamparan hebat terhadap ikatan persaudaraan apabila anak bongsunya Azzahra atau lebih mesra disapa Ara yang kini berusia 3 tahun difahamkan sudah tidak menginati siapakah datuk dan neneknya.
“Tya terkejut kerana sampai sahaja di Palembang, Ara dijemput oleh datuknya. Dia asyik menangis. Pada permulaan, Ara tampak sangat janggal kerana lama tidak bertemu. Namun selepas beberapa hari di sini, dia makin manja dengan datuk dan neneknya,” tambahnya lagi.
Selain menziarahi saudara mara, Tya hadir ke Indonesia bertujuan untuk melebarkan lagi sayap empayar bisnesnya ke negara tersebut agar mampu membantu golongan wanita untuk keluar daripada kepompong kesusahan.
Selain aktif mengadakan seminar dan kelas bimbingan kepada usahawannya, Tya juga dikatakan menyasar lebih 5,000 usahawan Mutyara di negara berkenaan menjelang tahun 2022.
Menerusi platfrom sama beberapa hari lalu, Tya yang kini sudah pun pulang ke Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.