Pelakon dan pengacara, Yana Samsudin ada berkongsi sedutan video menerusi Instagram yang merakamkan anak lelakinya, Aisy Mateen yang menangis teresak-esak kerana terpaksa berpisah dengan neneknya di kampung.
“Siapa yang tak dapat balik kampung? Gini kot perasaan nya.
@Tapi untuk situasi ini sebenarnya mateen ni boring sorang sorang takda kawan, kat sini sepupu dia ramai.. so tu yang dia tak nak berpisah lagi lagi dengan nenek dia. Melekat.
Ads
“Kalau sebelah Kedah dia boleh request nak stay ngan opah dia.
“Punya lah penangan cucu rindu nenek dan opah! Nanti jumpa sepupu sana pula lupa dah kisah sedih semua tu,” tulis Yana.
Ads
Pada masa sama, pelakon Wawa Semput ini juga turut mengakui perpisahan merupakan sesuatu yang menyakitkan.
“Kita ni dah dewasa tak kan nak meraung macam ni kan? Urmmm meraung jugak kot kalau ada perpisahan… lagi lagi dengan mak abah.
Ads
“Ok lah tak nak cerita lebih… sedih dah.. tak kira apa.. perpisahan adalah perkara yang menyakitkan.
“Semoga kita cepat move on macam si @aisymateen ni di hujung hujung video. Sama ke anak korang macam ni,” kongsi Yana panjang lebar.
Foto: Instagram Yana Samsudin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Akui rindu untuk beraksi di gelanggang futsal, isteri kepada gitaris Kristal,Rody iaitu Niena Azman ingin ‘berehat’ seketika.
Hal ini kerana Niena kini hamil anak kedua dan mahu menjaga kandungannya itu.
“Tak lama lg break jap main futsal, new members is coming.. Mybe ramai yg tanya niena x main futsal lg ke?
“Actually still main, game2 sosial and masih lg buat coaching, but don’t wory, time Adith dlu masa bulan yg ke 8 bru Niena stop.. tu Adith kuo die pnye aktif second ni mcm ne la nti,” tulisnya.
Terdahulu, Niena yang juga penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan berkahwin dengan Rody pada 27 April 2018 dan dikurniakan anak lelaki, Adithya Jabbar yang kini berusia setahun.
Pegacara dan bekas peyampai berita, Zakiah Anas mengenang kembali detik-detik awal perkenalannya bersama sahabat baik yang juga merupakan pengacara popular, Datuk Aznil Haji Nawawi.
Menurut Zakiah, mereka yang pada ketika itu berhasrat ingin menjadi wartawan penyiaran telah dipertemukan di bilik berita, TV3 lebih tiga dekad yang lalu.
Katanya lagi, Aznil sememangnya seorang yang berbakat besar sejak daripada awal kemunculannya di dalam industri penyiaran.
“Berbangga sangat dengan sahabat yang sorang ni. The one and only @aznilnawawihm. Kami sama-sama bermula 31 tahun lalu di Bilik Berita TV3 Jalan Liku Bangsar.
“Sama-sama bertatih nk jadi wartawan penyiaran bersama tujuh orang lagi rakan satu batch. Dia terus layak menjadi pembaca berita, sedangkan saya berpeluh-peluh comot jadi wartawan,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program 999 itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Zakiah turut menambah, meskipun tidak lagi bergelar penyampai berita pada waktu itu, namun, dia tetap berbangga melihat perjalanan Aznil di dalam industri hiburan tanah air.
“Namun selepas itu bakatnya lebih terserlah dan cemerlang di bidang hiburan. Saya terus di bilik berita dan rezeki juga lepas tu dipilih sebagai penyampai berita. Alhamdulillah
“Dan dia terus gilang mencipta nama dengan pelbagai kejayaan dikecapi serta anugerah diraih dan yang terbaru ‘Anugerah Khas MELETOP’. Nil you are completely amazing,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Zakiah baru sahaja menbuat kemunculan semula di program berita, Buletin Utama TV3 selaku penyampai berita ‘lagenda’ bersempena ulang tahun kelahiran TV3 yang ke-38.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zakiah Anas
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan setiap penyanyi yang berada di kerusi juri pasti mempunyai cara mereka yang tersendiri di dalam melontarkan komen atau kritikan.
Siti, 44, berkata karektor serta penilaian seseorang juri itu juga mungkin berbeza di antara satu sama lain.
“Saya percaya setiap juri akan ada kriteria atau cara mereka yang tersendiri. Penilaian masing-masing berbeza. Macam saya misalnya, pernah berada di posisi juri, karektor saya memang tak boleh marah macam itu, bukan diri saya.
“Akan tetapi kalau kak Mas Idayu, itulah diri dia. Cuma tinggal lagi, teruk tak teruklah (komen yang diberikan). Masing-masing pun ada cara dan pada masa sama mungkin tahap ketahanan individu (dalam menerima komen) pun berbeza.
“Ada yang boleh menerimanya daripada sudut yang positif dan ada yang tidak boleh terima keadaan yang sedemikian,” katanya kepada MH.
Siti berkata demikian sebagai mengulas kritikan pedas yang diberikan Mas Idayu terhadap persembahan lagu Jampi versi keroncong yang dibawa Naim Daniel dan Sissy Imann menerusi Famili Duo, Ahad lalu.
Penyanyi lagu Anta Permana ini turut menambah, penonton sendiri pastinya bijak menilai baik buruk susulan insiden yang berlaku pada saingan minggu keenam itu.
“Mungkin kita pun sudah dibiasakan dengan elemen yang semua perkara kita boleh cakap lepas atau boleh tulis apa sahaja. Ia sudah jadi perkara biasa pada zaman sekarang. Jadi ada yang mungkin rasa boleh tahan dengan kritikan. Begitu juga sebaliknya.
“Saya ada menontonnya secara langsung sebab Siti Sisters pun ada bertanding juga. Bila tonton tu terkejut juga. Bagi saya apa yang berlaku kita sendiri yang boleh menilai atau menerimanya daripada sudut positif dan negatif.
“Kalau daripada sudut baiknya, ia adalah cara untuk menegur dan mengajar sebab mungkin Mas Idayu melihat ia sudah pun persaingan di minggu keenam. Mungkin baginya prestasi yang begitu tidak sepatutnya dipersembahkan.
“Akan tetapi kalau daripada sudut negatif itu mungkin pihak yang ditegur itu tidak mampu menerima kritikan yang macam itu. Tapi mengenali Mas Idayu, itulah dia. Malah sebelum ini pun dia pernah bawa rotan untuk bimbing Black. Jadi terpulang pada penerimaan,” katanya lagi.
Terdahulu, program hiburan realiti itu menjadi bualan apabila Sissy dilihat menangis sejurus membuat persembahan selain tidak muncul pada segmen akhir program berkenaan selepas menerima komen tegas daripada Mas Idayu.
Sissy menerusi Instagram selepas itu memuat naik keluhan dan kekecewaan terhadap dirinya serta menjelaskan bahawa semangatnya untuk berkarya sebagai pemuzik kini kian pudar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pensyarah, Dr. Diddy Hirdi kurang bersetuju bila ada pihak yang melabelkan program pertandingan nyanyian yang diadakan khusus untuk artis-artis berpengalaman sebagai sesuatu yang memalukan.