
Setiap individu pastinya dambakan seorang ‘teman’ yang sentiasa ada dengannya dalam keadaan susah mahupun senang.
Jadi, tidak hairanlah jika mereka sering ‘diusik’ netizen apabila kerap memuat naik gambar bersama menerusi media sosial atau memuat naik kapsyen yang ‘mengundang’, macam ada bunga cinta.
Jadi, jom MH kongsikan video ini kepada anda antara selebriti yang sentiasa mendapat gelaran ‘bakal pengantin’ dari netizen.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Patutnya Balik Singapura, Tapi Kami Ada Masalah Passport,” – Dah Naik Kereta, Alyah & Tok Ram Terpaksa…

Penyanyi Datin Alyah mendedahkan dia dan suami yang juga maestro muzik, Datuk Ramli MS sepatutnya menuju ke Singapura bagi menyambut 1 Syawal di sana.
Bagaimanapun, impian untuk beraya di tanah kelahiran suami tidak kesampaian pada Isnin apabila mengalami masalah urusan passport.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi Thank You Allah ini menerusi Insta Stories.
“Sepatutnya balik Singapura. Tapi kami ada masalah passport. Jadi kita beraya ala huru-hara di Gelang Patah (tempat kelahiran Alyah) je,” tulisnya.
Menerusi perkongsian video dan hantaran di Instagram, keduanya sedondon mengenakan persalinan baju rona biru.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Betul Bercinta, Jangan Menyorok,” – Ellie Suriaty Mohon Kekasih Bekas Suami Munculkan Diri

Susulan isu kontroversi melibatkan bekas suaminya, aktor Azri Iskandar, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty mengharapkan agar wanita yang dikenali sebagai Dr Azra Diera untuk munculkan diri.
Menurut Ellie, dia mempunyai kebimbangan tersebut kerana hasil carian di Internet yang dilakukan oleh anak-anak serta rakan-rakannya mengenai wanita terbabit secara terperinci belum dikenalpasti.
“Saya tak kisah Azri mencintai orang lain, cuma saya terseksa melihat dia dengan cerita-cerita yang keluar sebelum ini.
“Saya mohon kepada Dr Azra supaya munculkan diri.
“Anak-anak dan rakan-rakan saya buat carian di Internet dan tidak jumpa sebarang maklumat tentang dia. Siapakah dia yang sebenarnya…adakah dia ‘scammer’ atau peminat?
“Saya tidak tahu apakah permainan dia. Kalau betul bercinta, jangan menyorok,” katanya kepada MH.
Ellie ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang berlangsung di GSC The Starling Mall, Damansara pada Khamis.
Terdahulu, Azri membuat pendedahan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita yang dikenali sebagai Dr Azra Diera dalam masa terdekat.
Menurut aktor itu, dia mengenali Dr Azra 12 hari selepas bercerai dengan Ellie pada 17 Mei lalu.
Kemudian timbul isu baharu apabila seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai F tampil membuat pengakuan mendakwa aktor berkenaan pernah rapat dengannya.
Sementara itu, Ellie berkata dia langsung tidak menyimpan sebarang dendam terhadap bekas suaminya itu selepas rumah tangga yang dibina sejak 19 tahun lalu putus di tengah jalan.
“Selepas berpisah, saya sudah maafkan Azri dan tidak pernah simpan dendam. Jika dia mahu berkahwin semula, saya ucapkan selamat untuknya… cuma saya tidak suka orang mahu mempermainkan dia.
“Saya tidak boleh benci Azri sebab kami hidup bersama sudah lama,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Azri, 54, dan Ellie, 50, bercerai pada 17 Mei lalu selepas hampir dua dekad hidup bersama.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 13 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelakon Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

Pelakon asal Malaysia yang juga suami kepada penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL), Ashraf Sinclair dilapor meninggal dunia, pagi Selasa.
Memetik Kompas.com, bintang berkenaan meninggal dunia pada usia 40 tahun akibat serangan jantung.
Berita mengejutkan itu difahamkan telah disampaikan pengurus BCL, Doddy.
“Serangan jantung,” katanya seperti yang dipetik. Bagaimanapun setakat ini, tiada perincian lanjut mengenai butiran lainnya.
Sementara itu memetik mStar, berita berkenaan turut disahkan oleh ibu arwah, Khadijah Abdul Rahman menerusi aplikasi WhatsApp.
“Anak saya Ashraf telah pulang ke Rahmatullah. Dalam perjalanan ke Jakarta sekarang,” katanya seperti yang dipetik.
Meninjau ke ruangan komen di Instagram Allahyarham, para peminat termasuk rakan selebriti dilihat memberi dedikasi terakhir buat arwah selain merakamkan ucapan takziah buat BCL sekeluarga.
View this post on InstagramA post shared by Ashraf Sinclair Official (@ashrafsinclair) on
Allahyarham Ashraf atau nama sebenarnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair dilahirkan pada 18 September 1979 di London.
Arwah dan BCL mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2008 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Sinclair.
Al-fatihah dan salam takziah
Sumber: Kompas.com, mstar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI