Menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-35 pada tanggal 1 Disember 2020, pelakon, Puteri Sarah ada menitipkan ucapan sebagai menginsafi diri.
Menerusi perkongsian di Instagram, Puteri Sarah berharap agar dirinya sentiasa diberikan kekuatan bagi menempuh apa jua cabaran yang mendatang terutamanya ketika memasuki tahun 2021 tidak lama lagi.
“1 December 2020. Selamat ulang tahun buat diri ini, yang selalu berjuang tak kenal lelah, ku berharap semoga Allah selalu permudahkan segala urusanku Aamiin.
“Sarah tak minta banyak , cuma nak minta semua tolong doakan tahun 2021 Sarah lebih baik dari 2020 ni,” tulisnya.
Puteri Sarah menerima kejutan hari lahirnya itu ketika sedang menikmati makan malam bersama kedua anaknya di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Isnin.
Menerusi video berdurasi hampir 50 saat itu, Puteri Salah dilihat terkejut saat kehadiran dua biji kek yang disediakan oleh pihak hotel.
Meskipun kelibat suaminya, Syamsul Yusof tidak kelihatan sewaktu meraikan hari lahirnya itu, ibu kepada dua orang anak itu turut dilihat menitipkan doa semoga rumah tangga yang dibina sejak enam tahu lalu akan berkekalan hingga ke jannah.
“Doakan kesejahteraan keluarga Sarah, keluarga bahagia dunia akhirat Sarah dan rumah tangga Sarah berkekalan hingga ke jannah.
“Semoga 2021 Sarah dan family bertambah baik dan dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak elok. Mohon dijauhkan dari gangguan jin & ‘Syaitan’. Amin,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan selamat hari lahir selain turut sama-sama berdoa semoga apa yang dihajatkan oleh Puteri Sarah akan dipermudahkan.
Sumber: Instagram Puteri Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan penyanyi lagu Eh? ini. Penampilan Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil semakin anggun sejak tampil selesa berhijab. Memang sangat cantik dan berseri-seri wajahnya ditambah pula dengan suaranya yang serak-serak basah itu.
Tak sangka penyanyi dari Sabah ini rupanya sudah meniti usia 36 tahun, nampak muda kan. Zizi Kirana di antara wanita bertuah kerana dikurniakan seraut wajah tiada bermasalah dan sangat mulus. Namun, itu bukan alasan buatnya tidak menjaga kecantikan diri.
Menelusuri rutin penjagaan kecantikannya nyata wanita ini mengamalkan penjagaan kecantikan yang ringkas dan banyak mempraktikkan bahan semula jadi yang mudah di dapati di dapur untuk tampil menawan.
Wanita cantik ini turut berkongsi mengamalkan petua kecantikan berasaskan kunyit seperti yang dilaporkan di Sinar Harian.
1. Zizi Amalkan Masker Kunyit Di Rumah!
“Saya tidak mempunyai sebarang teknik rawatan khusus. Sebaliknya, saya hanya mencuci muka dengan pencuci wajah, memakai pelindung sinar matahari, serum dan pelembap wajah seperti yang biasa dilakukan oleh semua wanita.
Jika mempunyai masa terluang saya membuat masker pada wajah dengan menggunakan kunyit hidup yang ditumbuk halus. Saya gemar melakukan sendiri masker wajah di rumah kerana tidak gemar ke spa kecantikan,” jelas Zizi Kirana.
2. Jamu Kunyit ‘Teman Setia’
“Pada saya, penjagaan penampilan itu penting dan seharusnya bermula dari dalam. Selain mengamalkan pengambilan makanan dan gaya hidup sihat, perihal jiwa serta kerohanian juga perlu dijaga.
Selain itu, saya juga seorang yang amat menitik beratkan aspek kebersihan. Sebagai tambah nilai untuk kesihatan, saya juga mengambil vitamin sebagai suplemen tambahan. Sejak dahulu lagi saya mengamalkan meminum jus kunyit sebagai minuman kesihatan.
Kaedah ini merupakan cara tradisional dan mudah untuk melakukan sendiri di rumah untuk menjaga kesihatan,” tambahnya yang hanya akan lakukan aktiviti fizikal seperti senaman ringan seminggu sekali.
Menurutnya dia hanya hadkan pengambilan nasi sekali dalam sehari dan tidak mengambil peduli soal jumlah kalori yang perlu diambil.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon popular, Zul Ariffin sebentar tadi baru berkongsi yang dirinya kini sudah bernasur sembuh dan telah pun keluar daripada hospital.
Katanya, dia berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatannya sepanjang terlantar di hospital.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh Zul menerusi laman Twitter miliknya;
“Thank you all for your messages, texts and calls. I’m sorry I couldn’t reply all of them, but I read each and every one. InsyaAllah will come back stronger than before. Thanks once again!,” tulisnya.
Tambahnya lagi, walaupun tidak sempat untuk membalas semua ucapan yang diberikan oleh peminat, dia tetap membacanya satu per satu.
Di ruangan komen, rata-rata netizen gembira mendengar perkhabaran tersebut selain turut meminta Zul supaya lebih peka dengan kesihatannya selepas ini.
Baru-baru ini, pelakon filem Misteri Delalila itu terpaksa berehat di hospital selepas didapati berada di dalam keadaan sangat lemat akibat terlalu kuat bekerja.
Sumber: Twitter Zul Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!