
Hari Jumaat yang indah ini, eloklah kita mendekati ayat-ayat suci Al-Quran yang pastinya membawa 1001 keberkatan kepada kita semua.
Lantaran itu, anak kepada pelakon Norman Hakim, Mohamad Danish Hakim telah mengalunkna ayat suci Al-Quran iaitu surah Al-Kahfi.
View this post on InstagramSalam Jumaat❤️Jom ramai2 kita ber "Al-Kahfi" JOM!!!
A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on
“Salam Jumaat, Jom kita ramai2 ber ‘AlKahfi’,” tulis Norman di ruangan kapsyen.
Video tersebut memaparkan Danish mengalunkan surah Al-Kahfi.
Lalu, kemerduan suaranya itu membuatkan netizen terpaku dan terpesona dengan suaranya itu.
Untuk rekod, Danish telah berjaya menerima anugerah sempena Majlis Konvokesyen Huffaz Peringkat Negeri Selangor baru-baru ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Hiraukan Perasaan Dia,” – Sarah Hildebrand Sudah Move On, Kongsi 9 Tips Lupakan ‘Cinta Toksik’

Selepas berkongsi ciri-ciri hubungan toksik di Instagram, hos dan pelakon Sarah Hildebrand ada menyatakan 9 cara bagaimana untuk meneruskan kehidupan tanpa si dia.
Ulasnya apa yang penting ialah, seseorang itu harus kuatkan hati dan nekad dengan keputusan yang dibuat.
“Bagaimana untuk beralih arah?
1. Jujur dengan diri sendiri
Benarkan diri untuk benci pasangan yang melayan kita sesuka hati. Menangis. Percayalah, anda akan menangis dengan banyak. Jangan salahkan diri. Anda telah lalui banyak kesakitan dan sudah terlalu penat.
2. Sediakan diri untuk melalui waktu peralihan
Anda mungkin tidak akan lalu makan atau tidur. Anda perlu berehat dan bersedia untuk melalui fasa ini. Jalaninya dengan tenang.
3. Jika sudah membuat keputusan untuk beralih arah, tekad.
Berhenti hubungi si dia. Putuskan segala hubungan. Jangan biarkan dia hubungi anda. Sekat dia daripada kehidupan jika perlu.
4. Jangan hiraukan perasaan dia.
Fikir sudah berapa lama anda abaikan perasaan sendiri. Jika kita asyik fikirkan perasaan dia, dia akan mula ragu-ragu. Jika anda risaukan seseorang yang asyik sakiti hati, berhenti dan beritahu diri bahawa anda layak dapat yang lebih baik. Percayakan Allah untuk bawa anda ke realiti yang lebih bagus. Mungkin kita akan merana namun ia berbaloi.
5. Jangan gantikan dia dengan seseorang
Ada yang katakan cara terbaik untuk lupakan seseorang adalah cari pasangan baru. Tapi ini bukan caranya jika anda sedang pulih daripada hubungan toksik. Malangnya anda sedang rapuh dan peluang untuk tertarik dengan individu toksik yang lain sangat tinggi. Jangan hiraukan orang lain. Belajar sayangi diri sendiri dahulu.
6. Terima hakikat masa sudah terbazir dan hubungan itu palsu.
Sedarlah, walau apa yang dia katakan, hubungan ini adalah palsu. Jika tidak anda tidak perlu lalui semua ini.
7. Detoks Diri
Buang semua foto, mesej dan memori si dia. Buang nombor telefon dan emel. Buang segala benda yang mengingatkan kita kepada si dia. Dia tidak memberi kita kebahagiaan, jadi bersihkan segalanya daripada hidup.
8. Berada dengan individu yang menyokong
Luangkan masa dengan individu yang mahukan yang terbaik untuk kita. Kasih sayang dan semangat yang diberikan akan meningkatkan keyakinan.
9. Berhenti tanya kenapa
Semua berlaku punya sebab tersendiri. Teruskan bersyukur dan percaya aturan Allah.
Kuatkan diri,” tulisnya panjang lebar
View this post on InstagramA post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand) on
Sarah pernah menjalin hubungan dengan Nabil Mahir selama lima tahun sebelum membuat keputusan berpisah pada Februari lalu.
Nabil mendedahkan dia telah membelikan sebentuk cincin untuk melamar namun tidak kesampaian apabila hubungan putus di tengah jalan.
Foto : Instagram Sarah Hildebrand
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
DS Aliff Syukri Titip Pesanan Buat Anak Perempuan Sulung, Qadeja El Zahra

Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri menitipkan pesanan istimewa buat anak perempuannya, Qadeja El Zahra di entri terbaru di laman Instagram miliknya.
Jelas Aliff, setiap bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan disebabkan itu dia mahu Qadeja menganggapnya bukan sekadar seorang bapa, namun berharap apabila anaknya besar nanti, dia orang yang paling rapat selain suami.
“Saya pasti setiap abah mahukan buat terbaik utk anak anaknya… Macam saya juga terutamanya anak perempuan supaya ada segalanya. Saya mahukan anak dara saya ces ni @qadejah_terlajaklaris ini, menganggap saya bukan sekadar sebagai seorang abah. .
“Tetapi sy nak sebagai seorang sahabat, abah, kawan yang boleh di ajak sembang, peluk, syg, Dan bila besar nanti, saya mahukan dia menjadikan saya sebagai orang yang paling rapat selain suami dia. .
“Saya akan cuba buat yang terbaik untuk anak-anak abah. Abah akan pastikan Qadejah ada segala-galanya. Ada agama, pelajaran, ada masa depan dan juga simpanan. Apa pun abah akan cuba jadi abah yang terbaik..doakan sy berjaya ya,” harap Aliff.
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat.
Foto : Instagram DS Aliff Syukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Asyik Dikritik, Saya Pun Tidak Ada Peluang,” – Semua Pelakon Bermula Dengan Kelemahan, Rosyam Nor Harap Pendatang Baru Diberi Ruang

Pelakon senior, Datuk Rosyam Nor berharap agar para pendatang baru dapat menggunakan setiap peluang yang terhidang dengan sebaiknya andai mahu nama mereka terus kekal relavan dalam jangka masa yang lama.
Menurut Rosyam yang turut terkenal dengan jolokan ‘Hero Malaya’ itu lagi, meskipun ketika ini amat mudah bagi seseorang itu untuk bergelar pelakon, namun mereka harus sentiasa berusaha demi memperbaiki kualiti lakonan dari semasa ke semasa.
“Dalam keadaan sekarang ini, penerbit tidak mempunyai banyak pilihan. Sama juga seperti zaman-zaman saya dahulu. Kita tak boleh mengukur kebolehan seseorang pelakon itu hanya menerusi satu atau dua kali dia muncul di kaca televisyen.
“Di Malaysia ini, nak jadi pelakon bukanlah susah sangat. Apabila seseorang itu dikenali, mereka pun dah boleh jadi pelakon. Mereka tak tengok sijil apa yang kita ada.
“Tapi kalau ada kekurangan, mereka mesti belajar memperbaiki mutu lakonan mereka.
“Kalau mereka tiada usaha untuk memperbaiki kelemahan, mereka akan hilang dari radar. Jika mereka komited, mereka mampu untuk mengukuhkan jenama mereka sendiri,” katanya kepada MH.
Pelakon filem, Laila Isabella itu berkata sedemikian sewaktu ditemui di lokasi pengambaran program MHthrowback baru-baru ini.
Rosyam turut menambah, sebagai penerbit, dia juga mengambil kira mengenai pemilihan para pelakon terutamanya bila melibatkan soal sikap.
Bagaimanapun, bintang berusia 53 tahun ini turut berharap agar semua pihak dapat memberikan peluang dan ruang kepada para pelakon baru untuk menonjolkan bakat mereka.
“Saya bukan tak kisah, saya tengok juga latar belakang dan sikap mereka tetapi saya tak menghalang sesiapa pun untuk menjadi pelakon.
“Dunia lakonan ini luas. Permulaan kehidupan saya sebagai seorang pelakon pun kalau asyik dikritik bermakna saya juga tidak akan ada peluang.
“Kalau kita asyik mengkritik semua orang, mereka tidak akan ada peluang. Bagaimanapun, apabila seseorang pelakon itu mendapat tempat dan dia melakukannya dengan baik, lama-lama orang tidak akan kritik.
“Semua orang bermula dengan kelemahan tetapi kalau dah lima atau enam tahun pun ada kelemahan lagi, itu memang bermasalah,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Rosyam Noor bakal menjadi tetamu undangan bagi episod ketiga program MHthrowback yang akan bersiaran pada Rabu ini.
Program yang dihoskan oleh Radin Era itu boleh ditonton bermula jam 9.00 malam di saluran Astro Prima dan Prima HD.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI