Kepada mereka yang mengikuti perkembangan Instagram penyanyi dan pelakom, Beego, pastinya ada yang bertanya sebab dia jarang memuat naik gambar keluarga.
Menjawab persoalan tersebut, Beego ada berkongsi video menerusi sebentar tadi.
“Assalamualaikum semua…
Kalau perasan sy tak update lama insta/sosial platform yg lain sbb takde cerita menarik nak share..takut korang jemu..
“teTapi hari ini Special… yg ke -3 on d way.. doakan semoga Allah swt rahmati,berkati dan permudahkan… Aamiin.. semoga baby jadi anak yg soleh/solehah,” tulisnya.
Menerusi video berkenaan, Linda nampaknya kelihatan sedikit lemah apabila menunggu detik untuk kelahiran cahaya mata ketiga.
Untuk rekod, Beggo dan Linda berkahwin pada 8 Jun 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 5 tahun dan Anggun Casandra,4 tahun.
Video : IG Beego