
Pelakon, Zarina Zainddin ada berkongsi video telatah anak istimewanya Azal dan Azil di laman Instagram.
Video tersebut memaparkan Azil mengajak abangnya Azal untuk makan malam bersama dan tidak mahu diganggu oleh ibunya.
View this post on InstagramMakan bersama tak boleh kacau ? #azilazal qualty time together ?
A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on
“Makan bersama tak boleh kacau. Quality time together,” tulisnya.
Video tersebut telah menerima lebih 300,000 tontonan setakat ini dan turut dihujani komen pujian daripada netizen.
Rata-rata netizen sebak melihat telatah remaja tersebut kerana seperti semua sedia maklum Azal dan Azil sering tidak diletakkan bersama kerana bimbang mereka akan bergaduh.
Allahu, comel sungguh telah mereka berdua ini. MH doakan, semoga keluarga Zarina Zainudin sentiasa memperoleh kebahagian di dunia mahupun akhirat.
Foto: Instagram Zarina Zainudin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dari Kecil Dia Selalu Menari Hinggalah Sekarang,” – Berpotensi & Berbakat, Stacy Sokong Minat Anak Dalam Tarian

Penyanyi dan penari, Stacy berkongsi cerita mengenai perihal anak perempuannya, Bella De Luna Valentina yang kini dilihat cederung meminatu dunia seni tarian.
Kongsinya lagi, Bella sangat gemar dan meminati untuk melakukan aktiviti menari sejak dari kecil lagi sehingga kini.
Meski baru menjangkau usia 9 tahun, Stacy mengakui anak perempuannya itu memiliki bakat dan sangat berpotensi besar untuk berjaya dalam bidang tersebut.
Sebagai seorang ibu, penyanyi berusia 31 tahun ini memberitahu sudah semestinya dia mahu memberikan yang terbaik kepada permata hatinya itu.
“Menari dengan Bella Anak pertama saya Bella ni memang suka sangat menari. Dari kecil lagi dia selalu menari hinggalah sekarang umur sudah 9 tahun.
“Saya boleh lihat potensinya jadi saya memastikan bahawa menyokongnya dengan cara yang terbaik,” Stacy menerusi satu hantaran di akaun Instagram.
Sekadar informasi, Stacy atau nama sebenar Stracie Angie Anam telah memeluk agama Islam dengan melafazkan syahadah di Pejabat Agama Islam, Johor Bahru pada 24 Ogos 2015.
Kini, Stacy telah mengunakan nama islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam.
Selepas itu, penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Akim Ahmad pada 5 Februari 2016.
Stacy memiliki seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, 9 dan seorang anak perempuan Eshaal Afiq Hakim,4, tahun hasil perkongsian hidup bersama Akim.
Foto: Instagram Stacy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Manisnya Bertudung,” – Kongsi Foto Berhijab, Penampilan Ayu Emelda Rosemila Dipuji

Setiap perkongsian selebriti di laman media sosial, sudah pasti menjadi perhatian peminat.
Pelakon cantik, Emelda Rosemila misalnya, ada memuat naik beberapa keping foto terkini dirinya yang mengenakan hijab di Instagram.
“Grey Power Harinie king of tiktok mekap mel @iamothongdanish18 .Tudung dari @emeldarosekl EasyHijab. Cantikkan?,” tulisnya menerusi salah satu entri.
Bertudung kelabu, foto yang diambil secara selfie itu menyaksikan bintang yang sinonim menerusi drama Manjalara ini mendapat perhatian daripada peminat.
Malah, rata-rata peminat memuji penampilan Emelda yang kelihatan ayu memakai hijab.
“Cantik…semoga terus bertudung ye kak,” tulis peminat di ruangan komen perkongsian tersebut.
Ada memberikan reaksi terhadap komen yang ditinggalkan, isteri kepada pelakon Adlin Aman Ramli mengharapkan peminat sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya.
“Amin mudah mudahan,” balas Emelda ringkas.
Sekadar informasi, Emelda mendirikan rumah tangga bersama Adlin Aman Ramli pada 22 Mei 2009.
Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Edra Rafael.
Foto: Instagram Emelda Rosemila
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Macam Saya, Lebih Duka Dengar Lagu Sedih, Bila Air Mata Keluar Rasa Ia Satu Kepuasan,” – Lain Orang Lain Cara Jelas Intan Liana

Sudah satu tahun sembilan bulan bergelar ibu tunggal, bekas isteri pemuzik bebas, Ude Wahid iaitu Intan Liana Salleh berkongsi rasa dalam fasa menjalani kehidupan sendiri tanpa insan bergelar suami di sisi.
Menerusi video Sinar Live, Intan akui pada peringkat awal, dia merasakan dunia sudah gelap.
Namun, anak-anak menjadi kekuatan untuk meneruskan hidup dan bangkit dari kesedihan yang melanda dirinya.
“Sekarang ini nak kata totally move on itu, Insyallah sebab saya sudah menjalani kehidupan seperti biasa bersama anak-anak.
“Saya sentiasa fikir bahawa saya ada anak-anak dan sentiasa lihat pada masa hadapan kerana hidup perlu diteruskan.
“Tipulah kalau tak ada masa sedihkan. Kadang-kadang ada juga masa sedih. Saya bangkit untuk diri sendiri dan anak-anak sebab gelaran ibu tunggal itu menjadikan kita lebih kuat untuk membesarkan anak-anak,” katanya.
Lebih gemar mendengar lagu-lagu sedih, Intan yang merupakan selebriti media sosial merasakan ia satu kepuasan apabila mendengar lagu genre sedemikian.
“Lain orang, lain caranya ketika move on, macam saya, saya lebih suka dengar lagu sedih, apabila air mata keluar dan saya akan rasa ia satu kepuasan.
“Kemudian layan anak-anak dan sibukkan diri dengan cara mencari sumber pendapatan melalui reviu produk.
“Selepas kes penceraian itu, Alhamdulillah, rezeki saya mencurah-curah dengan membuat reviu produk dan itu merupakan sumber pendapatan saya kerana sebelum ini saya tidak bekerja,” kongsinya jujur selepas tiga tahun menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.
Dalam perkembangan lain, Intan kini sedang berjinak-jinak mahu membuka perniagaan sendiri dengan bantuan dan sokongan ahli kelurga dan rakan-rakan.
Untuk rekod, Intan dan Ude atau nama penuhnya Muhammad Radzi Abdul Wahid berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri dan Ariq Muqri.
Mereka bercerai pada 22 Mac 2018 dengan talak satu.
Ude kemudian berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim, 6 bulan.
Video : Sinar Live
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI