[VIDEO]”You’re An Idiot & Racist Punk,”- Caprice Sound ‘Setepek’ Individu Biadap Ganggu Pekerja Pasar Raya, Rasakan!

Share

Semalam, sebuah video telah tular di media sosial yang memaparkan kelakuan biadap seorang lelaki yang mengganggu pekerja sebuah pasar raya gara-gara mengedar ‘tester’ minuman keras di bahagian ‘non-halal’.

Video tersebut telah menimbulkan rasa marah di hati seluruh rakyat Malaysia termasuklah rapper dan usahawan, Caprice.

Katanya, individu tersebut telah memalukan bangsa Melayu dan seluruh umat Islam di Malaysia.

“This guy is a disgrace to Malays and Muslims. To the Chinese lady who just doing her job, I am sorry,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dibuat memerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Caprice selain turut meminta supaya individu tersebut dikenakan hukuman.

Bagi MH, walaupun niat kita hanyalah untuk menegur, namun, kita hendaklah bijak untuk menggunakan saluran dan bahasa yang betul.

Foto: Instagram Caprice

Published by
Aizam Manaf