“Viral Ke? Lah… Ini Permintaan Ashira, Inspirasi Dari Gwen Stefani,” – Pereka Fesyen Jelaskan Persalinan Dipakai Ashira Malam Tadi

Share

Selepas mendapat reaksi pelbagai gara-gara persalinan ‘jumpsuit’ yang dipakai bintang Gegar Vaganza 7 (GV7), Ashira yang didakwa netizen sebagai keterlaluan dan seksi, pereka fesyen, Jimmy tampil memberikan penjelasan.

Jelas pereka bagi jenama popular, Jimmy Couture ini, ia dihasilkan atas permintaan penyanyi berkenaan dan rekaan tersebut diinspirasikan daripada gaun yang pernah dipakai penyanyi antarabangsa, Gwen Stefani.

Penjelasan tersebut dikongsikan Jimmy menerusi salah satu entri di Instagram, pada Ahad.

“Viral ke?? Lah .. ini permintaan @ashiraaziz .. inspired by @gwenstefani outfit .. i buat apa yg dia nak .. just kali ni je dia nak sgt apa yg dia inginkan .. sbb separuh akhir.

“Maaflah kalau nampak to much .. lupa plak Malaysia kan .. sensitif,” jelasnya.

Jimmy pada masa sama turut menyambut baik setiap pandangan dan menerimanya dengan hati terbuka.

“Apa pun, pun tq yg dah bagi komen positif n negative. I terima dgn hati terbuka .. tunggu la final outfit nanti .. love u semua,” tulisnya lagi.

Sementara itu, Ashira difahamkan tidak tersinggung dengan kritikan netizen terhadap pakaian yang dipilihnya dalam saingan separuh akhir GV6, malam tadi.

Bagaimanapun, ibu tunggal ini turut mengambil segala kritikan sebagai pembakar semangat dan berjanji akan lebih berhati-hati lagi pada masa akan datang.

Ashira menyanyikan lagu Peluang Kedua (Nabila Razali) dan Don’t Speak (Gwen Stefani) pada pusingan separuh akhir yang turut menyaksikan penyanyi berkenaan mendapat markah yang agak baik daripada para juri.

Foto: Instagram Jimmy Couture

Published by
MH