Suhaimi Saad menerusi entri terkininya di Facebook memohon agar semua bermuhasabah dan berdoa agar musibah yang menimpa dapat dipulihkan.
Pada masa sama, Suhaimi juga berharap agar semuanya dapat diselamatkan.
“Pada malam yang penuh keberkatan ini,
Marilah kita sama sama bermuhasabah dan berdoa agar Allah dengan rahmatNya mengangkat musibah yang berlaku terhadap saudara saudara kita di Pasir Gudang.
Mudah mudahan semuanya dipulihkan dan diselamatkan.
Allahumma amiiin.
Wa sollAllahu ‘ala Muhammadin wa ‘ala alihi wasohbihi waba roka wasallam.
#prayforpasirgudang.”
Terdahulu, kenyataannya bahawa “Gas Metana? Vaksin bukanlah segala galanya. Allah Maha Kuasa. Makhluk tak ada kuasa” menyebabkan netizen menyifatkan penyanyi tersebut seakan tidak sensitif terhadap kejadian yang menimpa.
Dia bagaimanapun mengakui virus tiada kena mengena dengan gas, namun menegaskan semua yang berlaku adalah kuasa Allah.
“Betul virus takde kaitan dengan gas.
Tapi Allah nak tunjuk kuasa Dia.
Jangan “bertuhankan” apa pun selain Dia.”
Foto – Facebook Mosus
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tetapi Kalau Mama Sudah Sakit, Tak Boleh Berjalan Jadi Kamu Perlu Menjagaku,” – 48 Tahun Dalam Seni, Ini Pesan Salamiah Hassan Buat Anak-Anak
Penghibur senior, Salamiah Hassan tidak mampu memberikan pandangan mengenai prosedur kecantikan terkini yang ada diamalkan individu seusianya demi memastikan penampilan tampak lebih menawan dari usia sebenar.
Katanya ia keputusan individu dan apa yang lebih penting, dia lebih senang untuk menjaga diri-sendiri tanpa mempedulikan orang lain.
Salamiah bagaimanapun mengakui ada melakukan rawatan kulit sejak usianya 47 tahun.
“Saya tidak boleh memberikan pandangan kepada mereka yang melakukan perkara tersebut (botox atau rawatan kecantikan lain). Itu pendirian masing-masing. Tetapi saya hanya risaukan mengenai diri sendiri.
“Saya tidak kisah apa yang orang lain lakukan. Kalau anda rasa ia betul, terserah. Tetapi setakat mana yang saya tahu, saya akan sebaiknya jaga diri sendiri. Saya pentingkan menu yang diambil, jaga kesihatan dan sebagainya. Pada masa sama, cuba jaga hubungan denganNya juga,” katanya kepada MH.
Melewati beberapa dekad memeriahkan dunia seni bersama genre muzik tersendiri, bintang ini turut ditanya sejauh mana pendiriannya untuk terus menghiburkan peminat.
Jelasnya, dia teguh bediri atas nama seni dan kecintaannya terhadap nyanyian selain tidak mahu terlalu bergantung harap kerana anak-anak yang sudah mempunyai keluarga masing-masing.
“Saya masih meneruskan kerjaya kerana saya tidak mahu menyusahkan anak-anak. Saya seorang yang tidak gemar bergantung kepada orang lain. Saya wanita berusia yang positif, bila anak-anak saya senang, saya gembira.
“Syukur alhamdulillah setakat ini, anak-anak baik-baik sahaja. Itu yang saya utamakan. Malah saya pernah beritahu kepada mereka, setakat ini Mama boleh jaga diri, tetapi kalau Mama sudah sakit, tak boleh berjalan jadi kamu perlu menjagaku,” katanya yang bersyukur kerana masih diberi kesihatan yang baik demi meneruskan kelangsungan hidup.
Malah, ramai yang turut kagum dengan semangat kuatnya yang masih bertenaga saat membuat persembahan pentas.
“Ada juga yang tanya macam mana kau menyanyi pakai kasut tinggi sampai dua jam berdiri. Selama 48 tahun dalam industri, saya bersusah payah bermula dari bawah.
“Akan tetapi jauh di sudut hati, saya sedar yang diri ini akan undur diri dalam seni, tetapi saya sendiri tak tahu bila,” akui Salamiah yang mesra disapa Mama ini.
Terdahulu, penyanyi Menghitung Hari ditemui pada majlis memperkenalkan duta jenama Secret Modest by Asfarena di Seksyen 14, Shah Alam baru-baru ini.
Jenama pakaian Secret Modest by Asfarena milik usahawan Datuk Asfarena Samion melantik Salamiah sebagai duta.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih ada pihak yang menawarkan saya rezeki meski rasanya ramai lagi bintang di luar sana yang tak kurang baik dari segi cita rasa fesyennya.
“Apa pun terima kasih atas kepercayaan dan pastinya, saya terima tawaran tersebut kerana keikhlasan pihak mereka dan pada masa sama, koleksinya juga sesuai serta praktikal,” katanya yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-68 hari ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Masa Tu Allah Tarik Nikmat…,” – Abby Abadi & Norman Hakim Dedah Kisah Cerai Mereka, 11 Tahun Lalu
Setiap mahligai cinta yang dibina pasangan suami isteri mengimpikan sebuah perkahwinan berkekalan hingga ke jannah.
Namun, setiap perkara yang terjadi dalam kehidupan kita merupakan ketentuanNya.
Menerusi rancangan Famili Firdaus yang disiarkan di Astro OASIS ramadan lalu, pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim ada berkongsi kisah penceraian perkahwinan mereka beberapa tahun lalu.
Menurut bekas penyanyi kumpulan Elite ini, kisah penceraian dia bersama bekas suaminya itu merupakan antara ujian paling besar dalam kehidupannya.
“Allah uji tu sebab Allah sayang pada saya apa yang terjadi dalam hidup saya pada tahun 2008 tu antara ujian paling besar dalam hidup saya dan sebenarnya Allah tu nak saya dekat dengan Dia.
“Masa tu Allah tarik nikmat dalam hidup saya tapi saya masih lagi tak ada kesedaran yang besar tentang kehidupan.
“Kenapa kita diciptakan dan sepatutnya apa sahaja yang kita lakukan memang tak boleh tinggalkan Allah.
“Satu kesilapan yang saya buat dulu adalah banyak benda dan perkara yang saya buat saya tapi lupa Dia,” kongsi Abby.
Dalam pada itu, Norman turut berkongsi pengalaman sejurus bercerai lebih 10 tahun lalu.
Bagaimanapun, keduanya masih menjalinkan hubungan yang baik bersama bekas isteri.
“Saya dengan Abby berkahwin pada tahun 2003 dan berpisah sekitar tahun 2008 lebih kurang 10 tahun yang lepas kami berpisah.
“Terus terang cakap kita belajar daripada pengalaman dan tempoh usia menjadikan kita InsyaAllah manusia yang matang.
“Daripada pengalaman itu maksud dia mana yang kita melalui titik-titik kelemahan tu kita cuba perbaiki dan apabila Allah S.W.T memberikan kami peluang kedua walaupun kita tidak ada jodoh sebagai suami isteri.
“Apapun, kami masih lagi meneruskan ukhwah itu sebagai seorang sahabat yang akrab demi anak-anak,” kongsi Norman jujur.
Untuk rekod, Abby dan Norman dikurniakan 3 orang cahaya mata bernama Mohd Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hentikanlah Nak Compare Budak-Budak Sekarang,” – Kongsi Trend Minta Kerja Kini, Adibah Noor Pohon Majikan Terus Terang Fasal Gaji
Pelakon dan penyanyi, Adibah Noor ada memberikan pendapatnya mengenai isu majikan yang ingin merekrut pekerja baru seperti yang hangat diperkatakan di media sosial ketika ini.
Menurut Adibah, para majikan sepatutnya berterus terang sahaja mengenai tingkat gaji yang mereka ingin tawarkan dan berhentilah membandingkan mereka dengan para perkerja zaman dahulu.
dear future employers,
kalau nak recruit new employees, cakap je terus terang brapa gaji u all nak offer.
hentikanlah nak compare bekbudak sekarang punya challenges/way of thinking dengan zaman you.dah lain dah.
try looking at things from THEIR perspective.good luck semua.
— ADIBAH NOOR 🇲🇾😼 (@adibahnoor) July 19, 2020
“Dear future employers, kalau nak recruit new employees, cakap je terus terang brapa gaji u all nak offer.
“Hentikanlah nak compare budak-budak sekarang punya challenges/way of thinking dengan zaman you.
“Dah lain dah. Try looking at things from THEIR perspective. Good luck semua,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Tambah Adibah lagi, zaman kini sudah berubah dan para majikan sepatutnya turut melihat situasi ini dari sudut pandang yang berbeza.
Tweet tersebut nyata menarik perhatian ramai selepas meraih lebih 22,000 retweet dan hampit 19,000 tanda suka.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan Adibah itu selain turut berharap agar persepsi para majikan ketika ini dapat berubah.
Terdahulu, Adibah kini dilihat sedang sibuk menjalani proses pengambaran drama siri popular Kampung People musim ke-2.
it's a family meal.
BUT….
is it a HAPPY meal??
jeng jeng jeng… #AreYouReady#KampungPeopleSeason2#AdaLesenFINAS pic.twitter.com/2hWvX05c5W
— ADIBAH NOOR 🇲🇾😼 (@adibahnoor) July 24, 2020
Adibah bakal membawa watak sebagai Dona iaitu ibu kepada Mona lakonan Elly Mazlein.
Sumber: Twitter Adibah Noor
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI