Dua penyanyi bersuara emas, Datuk M Nasir dan Datuk Hattan bakal bergabung di atas satu pentas sama untuk menjayakan konsert ‘Sifu & Aku’ yang akan diadakan pada 3 Februari depan.
Memilih Sabah sebagai destinasi pertama, konsert yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu (SICC) itu akan menampilkan kira-kira 20 lagu hit mereka berdua.
Menurut Hattan atau nama sebenar, Mohd Shukri Shahabudin, Sabah merupakan satu tempat yang sangat istimewa dan wajib menjadi destinasi persinggahannya pada setiap tahun.
“Sabah ini merupakan sebuah tempat yang sangat istimewa buat diri saya. Bukan hanya kerana makanan lautnya tetapi juga disebabkan ketenangn yang ada di negeri ini.
“Saya sudah sampai ke seluruh pelusuk Sabah. Ini adalah peluang yang saya tunggu-tunggu.
“Ini merupakan kali pertama saya berada di satu pentas yang sama bersama sifu saya di negeri Sabah. Saya tak belajar dengan orang lain. Hanya belajar dengan M. Nasir sahaja,” katanya kepada MH.
Sementara itu, M. Nasir juga akui teruja apabila bakal bergandingan dengan anak murid yang sudah dikenalinya sejak tahun 1986.
Ads
“Setelah 10 tahun di dalam dunia seni, baru Hattan muncul dalam hidup saya dan dia telah menampakkan satu janji yang dia akan kekal dalam industri muzik ini.
“Saya juga bersyukur kerana dapat berkolaborasi dengan Hattan. Kalau anda nak tahu, panggilan sifu itu telah dimulakan oleh Hattan. Saya berterima kasih kerana diberikan pengiktirafan tersebut.
“Saya berharap agar diri saya ini dapat memberikan lebih daripada 100 peratus untuk menghiburkan masyarakat di Sabah ini,” konsinya.
Kedua-dua mereka ditemui di majlis sidang media konsert Sifu & Aku yang berlangsung di SICC, Kota Kinabalu, Sabah pada Selasa.
Ads
Dalam pada itu, Hattan turut menyuarakan keyakinan bahawa konsert ini bakal memberikan pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan buat para penonton.
“Untuk konsert berbayar seperti ini, kita akan cipta sesuatu konsep. Ini bukan persembahan yang biasa-biasa. Tidak seperti dinner show. Penonton akan mengharapkan persembahan-persembahan di luar kotak.
“Jadi, kita akan rangka konsep yang mungkin anda dapat tonton sekali sahaja di Sabah ini. Kami berdua ini merupakan ‘jammers’. Jadi, ia memudahkan kami untuk membuat persediaan,” katanya lagi.
Ads
Sementara itu, penyanyi lagu Semerah Padi ini turut memaklumkan dirinya sudah pun membuat persiapan rapi menjelang konsert yang bakal berlangsung kurang dua bulan lagi.
“Kalau boleh, tiap-tiap bulan kami ingin mengadakan konsert. Kita sudah sebati dengan konsert. Sebagai anak seni, kita memang sudah sentiasa bersedia.
“Bagi kami, waktu dua bulan untuk membuat persiapan ini sebenarnya agak panjang. Rasanya tak perlu kami ceritakan mengenai persediaan kami,” ujarnya.
Konsert Sifu Dan Aku ini dianjurkan oleh Ochee Purnama Sdn Bhd dan HS Shazlicious Trading dengan kerjasama Borneo Excursions dan Angkatan Hebat Group.
Tiket konsert kini sudah pun dijual bermula pada harga RM188, RM288, RM388, RM488 (tempat duduk bebas) dan RM988 (VIP/ tempat duduk bernombor).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Rafidah Ibrahim mengakui tidak gemar untuk berkongsi kisah peribadi serta rutin kehidupannya kepada umum meski dirinya bergelar seorang selebriti.
Bagi Rafidah, tindakan dan perkongsian sedemikian di laman media sosial boleh mengundang hasad dengki yang nyata boleh memberikan kesan buruk kepada masyarakat sekeliling.
“#penyakithati Itulah antara topik ceramah awal yg ku dengar bersama suami yg disampaikan oleh Ustaz Kazim.
“Guys, kenapa saya share benda ni sebab dalam kehidupan kita, kita jangan asyik tengok pada kehidupan orang lain sehingga terlupa nikmat yg Allah dah beri pada kita.
“Nama pon dunia, apa yg sempurna?,” tulisnya.
Maka dengan itu, Rafidah berharap orang ramai mula melakukan perubahan positif dengan mendidik sifat ikhlas dan bersyukur dalam diri masing-masing.
Rafidah menambah, sikap sedemikian akan mendapat rahmatNya selain menghindari sifat hasad dengki dalam diri.
“Mulai hari ni didik hati & diri kita utk sentiasa ikhlas dan bersyukur.
“Kalau rasa sakit sgt hati tu, doa supaya Allah baiki hati kita. Dan kalau dah rosak hati tu, doa mohon supaya Allah gantikan dengan hati yg baru.
“Semoga Allah rahmati kita semua di dunia dan di akhirat. *nak cerita, terlalu panjang lebar sangat, cukup lah takat ni. Dalam hidup jangan terlalu #dramasangat k guys!,” akhirinya lagi.
Penerbit yang terkenal di kalangan selebriti, Fadzil Teh atau lebih sinonim disapa Haji Zil ada memuat naik status di media sosial.
Penerbit prolifik itu membayangkan pada tahun hadapan, stesen televisyen dan kebanyakan penerbit akan memburu pelakon, Zahirah MacWilson.
Difahamkan, status tersebut dibuatnya selepas mengikuti drama rantaian terkini lakonan Zahirah, Curi-Curi ini yang bersiaran menerusi Astro Ria di slot MegaDrama.
Penerbit tersebut juga ada memuji kualiti lakonan anak kepada pelakon senior, Zainol MacWilson itu di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-ratanya memberikan respon positif terhadap apa yang dikongsikan. Malah, Zahirah juga dilihat turut meninggalkan komen terhadap entri berkenaan menerusi Instagram.
Drama yang merupakan adaptasi novel itu memulakan siarannya sejak 29 April lalu dan hingga kini mendapat reaksi baik di kalangan pencinta drama tempatan. Selain Zahirah, Curi-Curi Cinta turut menampilkan Aiman Hakim Ridza, Talha Harith, Fauziah Nawi, Uyaina dan ramai lagi.
Foto: Instagram Haji Zil, Zahirah MacWilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi kata-kata semangat sewaktu menjadi juri Mikrofon Impian menerusi laman Instagram, Elyana menjadi inspirasi buat pesakit kanser apabila terus positif menjalani kehidupan harian.
Tersentuh apabila salah seorang peserta Mikrofon Impian ditimpa ujian kanser rahim tahap 4, ulas Elyana, apabila seseorang sakit, sedikit bahagia pun mampu membuatkan seseorang itu untuk terus bangkit dan ‘hidup’.
Disahkan mengidap kanser limfoma tahap 4, penyanyi Kalis Rindu ini berkongsi bahawa dia tidak mahu menunjukkan kesakitan kepada umum, sebaliknya lebih suka memperlihatkan sisi positif dalam diri.
“Orang Yang Sakit, Dia Simpan Semuanya Dalam Senyuman.”