Walaupun berada dalam kondisi tidak 100 peratus sihat, penyanyi Zamani Ibrahim tetap memberikan persembahan terbaik menerusi Konsert Doa Buat Zamani yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, malam Jumaat.

Konsert tersebut merupakan persembahan terakhir Zamani, 51, sebelum dia menjalani pembedahan tulang belakang yang dijadualkan pada awal November depan.

Dalam konsert anjuran Indera Entertainment itu, Zamani menghiburkan peminatnya menerusi seleksi lagu-lagu popularnya seperti Kurnia, Syair Si Pari-Pari, Kala Hujan, Entah Mengapa dan lagu ‘berhantu’ kumpulan Slam, Gerimis Mengundang.

Konsert yang berlangsung selama hampir dua jam itu mencetuskan perasaan sebak dan sedih dalam kalangan 2,000 penonton yang hadir.

Konsert dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh kumpulan baharu dari Indonesia, Kasyara Band.

Kemudian, disiarkan montaj selama tiga minit yang memaparkan perjalanan karier seni dari dahulu sehingga sekarang.

Ads

Vokal Tetap Terbaik! 2,000 Fans Sebak Tonton Konsert Terakhir Zamani Sebelum Jalani Pembedahan

“Minta maaf jika nyanyian saya tak sampai atau tersalah atas faktor kesihatan saya. Harap semua faham. Persembahan malam ini santai-santai saja dan harap semuanya terhibur.

“Saya cukuk terharu dengan sumbangan yang diberikan peminat dan kiriman doa daripada anda pun sudah cukup bermakna buat saya.

Ads

“Doakan pembedahan saya nanti berjalan lancar… saya akan terus menyanyi untuk anda semua. InsyaAllah,” kata Zamani.

Konsert ini turut menampilkan penyanyi undangan iaitu Datuk Ramli Sarip, Rahim Maarof dan Fauziah Latiff yang berduet dengan Zamani selain menyanyi secara solo.

Vokal Tetap Terbaik! 2,000 Fans Sebak Tonton Konsert Terakhir Zamani Sebelum Jalani Pembedahan

Ads

Kemunculan pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi yang menjelaskan keprihatinannya terhadap kesihatan Zamani sehingga bertindak mewujudkan tabung untuk mencari dana buat Zamani turut membuatkan peminat tersentuh.

Malah, dia turut membuat kejutan apabila melelong beg berjenama mewah miliknya yang berharga RM14,000. Ia kemudian dibeli penyanyi, Dr Fitri Haris dengan harga RM15,000.

Konsert ini turut dihadiri Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI