Sempena sambutan Hari Deepavali, pengacara Uyaina Arshad berkongsi sepotong video dirinya menyanyikan lagu Hindustan sewaktu menjadi tetamu jemputan bagi sebuah rancangan di stesen televisyen Indonesia.
Rata-rata netizen meninggalkan komen memuji keyakinan wanita berusia 26 tahun ini walaupun suaranya sedikit sumbang.
Bekas graduan jurusan Undang-Undang dari Universiti Malaya ini bagaimanapun positif menerima kritikan.
Uyaina kini sedang melebarkan sayapnya di Indonesia dalam bidang pengacaraan.
Foto : Instagram Uyaina Arshad