Pengacara dan penerbit terkenal, Sheila Rusly ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Kongsi hos rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan itu, dia memaklumkan dirinya bersikap sayang sama rata terhadap kesemua pelakon yang pernah berkerjasama dengannya.
Difahamkan, Sheila sebelum ini menjalinkan hubungan baik bersama pelakon Alif Satar, Remy Ishak, Ayda Jebat dan Ozylynn.
“Alippp ke.. Remy ke.. AJ ke..Ozlynn ke.. Jojo ke..wa sayang sama rata.
“Petik jer nak makan apa, kepala migraine nak terbelah dua pun wa masak.
“Korang sayang wa 1 x wa balas sayang korang 10 x der,” tulis Sheila sambil disusuli dengan beberapa tanda pagar.
Dalam pada itu, rata-rata peminat memuji sikap penyayang yang ditonjolkan oleh Sheila bersama pelakon lain.
Dalam perkembangan lain, Sheila kini terlibat menerusi drama Bukan Gadis Biasa yang turut dibarisi Ayda Jebat dan Remy Ishak.
Video: Instagram Sheila Rusly