Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew telah membeli sebanyak 100 unit tablet untuk diberikan secara percuma kepada pelajar yang memerlukan.
Ini kerana, pihak kerajaan telah menetapkan sesi persekolahan pada tahun ini akan dijalankan melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seperti sedia maklum, para pelajar yang menjalani sesi persekolahan PdPR memerlukan penggunaan komputer dan telefon pintae.
“Pohon doakan yer. Baru beli 100 biji Tab untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan. Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan. -ebitlew,” tulisnya.
Serentak dengan itu, perkongsian Ebit telah mendapat perhatian netizen.
Rata-rata netizen memuji sikap murni Ebit yang sentiasa memberi bantuan kepada masyarakat
Sebelum ini, pihak kerajaan telah mengambil insiatif untuk menetapkan sesi persekolahan dijalankan secara PdPR atau sesi pembelajaran dalam talian bermula 20 Januari bagi membendung penularan wabak Covid-19 di seluruh negara.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 22 Januari sehingga 4 Februari hadapan.
Foto: Instagram Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI