Penyanyi Mas Idayu reda dengan pemergian bapanya, Mesnun Hassan, 78, yang meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, Johor pada Selasa lalu.
Berkongsi khabar sedih itu, Mas Idayu, 51, berkata Allahyarham mengadu sukar bernafas dan lemah sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun doktor mengesahkan bapanya meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Meskipun sedih namun Mas Idayu memberitahu dia bersyukur apabila berkesempatan untuk melihat wajah bapanya buat kali terakhir sebelum dikebumikan.
“Pada Isnin malam saya dah dapat dimaklumkan yang abah saya kritikal dan telah di bawa ke Hospital Kota Tinggi. Ketika itu saya sepatutnya menjalani rakaman lagu bersama Ajai.
“Ketika saya sedang bersiap untuk pulang ke kampung, pukul 12.30 pagi saya dapat berita yang abah saya telah tiada. Saya terkejut dengan berita itu sehingga muntah sebelum bergerak ke Kota Tinggi dan tiba di Johor kira-kira jam 7 pagi.
“Alhamdulillah, saya sempat menatap abah buat kali terakhir. Wajah abah bersih sangat dan dia kelihatan tersenyum. Seisi keluarga pun ada di sisinya sebelum dikebumikan,” katanya.
Mas Idayu berkata bapanya menghidap kencing manis dan sakit tua sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda lebih sebulan lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI