Hantaran yang dimuat naik selebriti popular, Noor Neelofa yang berkongsi wajahnya dalam versi Kecerdasan Buatan (AI) sempena produk terbaharunya di Instagram pada Rabu mencetuskan tular di media sosial.

Menerusi StampliCity Collection itu, Neelofa menyatakan hasratnya untuk menjadikan kempen ‘Stamping Your Mark’ sebagai penerus kepada impak atau legasi masing-masing yang mempunyai keunikan tersendiri.

Wajah Asli Neelofa Lebih Cantik Berbanding Versi AI, Ameera – “Kakak Jauh Comey Lagi…” Wajah Asli Neelofa Lebih Cantik Berbanding Versi AI, Ameera – “Kakak Jauh Comey Lagi…”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, ramai memberikan reaksi pelbagai dan tidak kurang yang menyatakan kerinduan untuk melihat wajah cantik hos Next To Neelofa itu sejurus dia memutuskan untuk berniqab sekitar tiga tahun lalu.

Ads

Malah, ada juga yang memberi pandangan bahawa wajah asli ibu kepada dua cahaya mata itu jauh lebih cantik jika hendak dibandingkan dengan versi AI.

Perkara sama turut dikongsikan adiknya, Ameera Khan sambil diakui sebilangan warganet lainnya.

Ads

“Kakak jauuuhhhh comey lagi pado AI ni,” tulis Ameera disusuli ribuan tanda suka.

Ads

Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 100,000 ‘likes’.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI