Pelakon dan pengacara Ain Edruce mendedahkan dia tidak berasa hati dengan komen segelintir netizen yang mempersenda wajah suaminya, Amirul Hafiz.

Menurut Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan konten-kontennya di media sosial, mereka boleh abaikan sahaja.

“Wajah Itulah Yang Buat Saya Jatuh Cinta,” – Ain Edruce Ulas, Suami Tak Terasa Hati Bila Dikata ‘Selenge’

“Saya tidaklah terasa sangat sebab muka dia dah memang sebegitu. Sebab wajah ‘selenga’ dialah yang buat saya jatuh cinta dan berkahwin.

“Sosial media merupakan tempat saya menyimpan kenangan. Satu hari nanti, saya nak tengok semula. Kalau simpan dalam galeri, kita tak akan tengok atau mungkin terpadam.

“Kalau ada yang tak suka, bosan atau rasa menyampah, abaikan sahaja video saya. Saya tak kisah sebab ada orang di luar sana yang terhibur dengan konten saya,” katanya kepada MH.

Ads

Ain dan Amirul ditemui di majlis ulang tahun perkahwinan pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann yang berlangsung di Marriott Hotel, Putrajaya pada Ahad.

Ditanya mengenai respon suaminya berhubung isu tersebut, Ain memaklumkan Amirul tidak terkesan kerana kurang meluangkan masa di media sosial.

“Wajah Itulah Yang Buat Saya Jatuh Cinta,” – Ain Edruce Ulas, Suami Tak Terasa Hati Bila Dikata ‘Selenge’

“Amirul tidak berasa hati pun. Dia tiada akaun Tik Tok atau X. Jadi, dia tak tahu apa yang berlaku dan apa orang kata fasal dia.

Ads

“Kalau terjumpa dia di luar, tak perlulah bagitahu dia dikecam sebab dia memang tak tahu. Saya ada bagitau dia fasal hal ini tapi dia tak kisah.

“Kalau dengar komen-komen kecam ini, dia akan gelak sahaja. Saya pula sejenis mudah terasa walaupun luarannya nampak bising-bising. Saya rasa Amirul yang lebih sesuai jadi artis,” ujarnya lagi

Pada masa sama, pengacara program Melodi ini juga memyifatkan suami dan anaknya itu merupakan antara punca rezeki yang diraih menerusi platform media sosial.

“Wajah Itulah Yang Buat Saya Jatuh Cinta,” – Ain Edruce Ulas, Suami Tak Terasa Hati Bila Dikata ‘Selenge’

Ads

“Amirul juga merupakan salah satu punca rezeki selain daripada anak. Sudah berpuluh ribu kita terima. Selagi ada, kita gunakanlah.

“Doakanlah saya dapat seorang lagi cahaya mata. Semoga bertambah punca rezeki saya,” selorohnya.

Sebelum ini, nama Ain menjadi bualan hangat netizen selepas ada pihak yang mengatakan mereka sudah jemu dengan
dengan konten-kontennya bersama suami di media sosial

Malah, ada juga yang bertindak keterlaluan dengan mempersenda wajah Amirul yang dikatakan ‘selenga’ atau tiada perasaan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI