
Foto pelakon Elfira Loy bersama seorang jejaka yang dimuat naik di akaun Instagramnya mejadi tanda tanya peminat baru-baru ini.
Selang beberapa hari, jejaka yang dikenali sebagai Faris Khairil Anuar juga telah memuat naik gambar mereka bersama di Instagram Storiesnya itu.
Gambar tersebut kelihatan sangat happening dan bahagia.
Menerusi pencarian nama jejaka tersebut di Internet, dia berasal dari keluarga berada dan seorang anak VVIP.
Walaubagaimanapun, masih tidak dapat kepastian dari kedua-dua belah pihak mengenai status hubungan mereka itu.
Malah El sendiri belum memberikan apa-apa kenyataan berhubung perkara itu.
Foto : Instagram Faris Khairol Anuar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Now Until Forever,” – Zahirah Pula Muat Naik Gambar Sama Aiman Hakim, Ada Bunga-Bunga Cinta?

Desas-desus mengenai hubungan cinta yang baru terjalin di antara pelakon Aiman Hakim Ridza bersama aktres cantik, Zahirah MacWilson bagaikan sahih apabila awal hari ini, pelakon wanita berkenaan pula memuat naik gambar mereka berdua.
Zahirah membuat posting berkenaan menerusi Instagram miliknya, iaitu foto sama yang dimuat naik Aiman semalam.
Sementara menerusi ruangan kapsyen, pelakon J Revolusi itu menulis ayat yang bagaikan sudah memberi bayangan wujudnya ikatan cinta di antara mereka.
“Now until forever, InsyaAllah,” tulis Zahirah sambil di susuli dengan tanda palang #ZahirAH.
Sehingga kini, kedua-duanya belum memberikan jawapan konkrit mengenai hubungan di antara mereka.
Bagaimanapun menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen menyambut baik hubungan di antara dua bintang berkenaan. Malah, ada juga rakan artis yang turut memberikan dedikasi sama.
Sebelum ini menerusi BH Online ada melaporkan Zahirah dikatakan terpaut hati dengan Aiman bermula di laman sosial.
Menurut sumber itu lagi, bintang cantik itu juga menunjukkan sikap mengambil berat terhadap Aiman dengan menghantar makanan kepada aktor berkenaan.
Foto: Instagram Aiman/Zahirah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Umur Sudah Meningkat. Saya Tak Buat Semua Itu Lagi,”- Selepas Isteri Tempelak, Ini Respon Ammar Alfian

Susulan kenyataan yang dikeluarkan isterinya, Nelissa Nezam, Ammar Alfian membalas kenyataan isterinya, Nelissa Nezam itu.
Bagaimanapun, bintang Paskal ini tetap positif apabila sesetengah netizen mengecam tindakannya yang didakwa telah berlaku curang saat Nelissa sarat hamil enam bulan.
“Nak hina hinalah. Mahu menilai saya dari kesalahan saya, terpulanglah.
“Saya tak sempurna dan tak akan jadi sempurna. Saya sentiasa mahu memperbaiki diri dari hari ke hari. Sebelum ini, saya mudah naik angin apabila ada yang memandang saya pelik.
“If a girl bitching about me it’de be touch and leave.The young me.
“Sekarang umur saya sudah meningkat. Saya tak buat semua itu lagi.
“Apa yang saya cuba katakan ialah saya tidak begitu baik, saya juga tak pernah kata yang saya baik. Tapi saya CUBA! Saya cuba untuk jadi seorang Muslim, suami dan bapa yang baik.
“Kepada semua orang di luar sana, saya bukanlah contoh terbaik. Kita ambil yang jenih, kita buang yang keruh.
“Saya juga sedang mencuba memperbaiki hubungan rumah tangga saya. Insyallah.
“Terima kasih kepada peminat yang memberi sokongan dan mendoakan kami. Semoga Allah merahmati kalian,” tulisnya.
Menerusi status tersebut, Ammar dihujani komen yang pelbagai dari netizen.
Terdahulu, Nelissa dilihat kurang senang apabila Ammar memuat naik foto dakapan mesra bersama di Instagram Ammar.
View this post on InstagramA post shared by Ammar Alfian (@ammar_alfian) on
Malah hubungan rumah tangga mereka mulai goyah apabila Ammar dikatakan bertindak curang ketika Nelissa sarat hamil enam bulan.
Nelissa juga baru sahaja mengadakan sesi ‘baby shower’ bersempena dengan kelahiran permata hati sulungnya itu, tanpa ditemani suami di sisi.
Difahamkan, Ammar pada ketika itu berada di Sepanyol bagi menyertai sebuah aktiviti sukan di sana.
Foto : Instagram Ammar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rakam Lebih 20 Lagu Jingle, Kenali Eleena Harris Si Akauntan Bertauliah!

MBH Medispa, Wawa Kosmetik dan Wildan Susu Kambing, lagu jingle yang cukup mesra pada halwa telinga, siapa sangka pemilik suara di sebalik lagu siulan ramai itu milik Eleena Harris.
Suaranya sering berkumandang mendendangkan lagu runut bunyi dan jingle produk, wanita berusia 23 tahun ini mendedahkan sehingga kini sudah hampir 20 lagu jingle dinyanyikan olehnya.
Malah dia berbangga sehingga kini punya lebih 100,000 pengikut di Instagram gara-gara lagu jingle.
“Tidak kisah orang mengenali saya kerana lagu jingle dan ia hanya sekadar sambilan. Namun tidak dinafikan memang menerusi lagu begitu orang mula nampak bakat saya.
“Mungkin ini trend baru yang peminat suka,”katanya.
Bintang ini terdahulu ditemui pada majlis prapelancaran YES (Year End Sale) I Suka MBH di MBH Medispa cawangan Subang di Jalan USJ 10/1, Subang Jaya, baru-baru ini.
Mengagumkan, bekas pelajar UITM Shah Alam dalam bidang perakaunan ini sedang mengambil Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan bakal bergelar Akauntan Bertauliah.
Melakukan kerjaya akauntan sebagai sambilan, penyanyi ini menegaskan mampu melakukan kedua-duanya serentak atas sebab minat yang mendalam.
Mengakui perjalanan kerjaya berjalan agak perlahan, namun dia tidak mahu melakukan kontroversi atau provokasi semata-mata cepat dikenali.
“Pandangan peribadi, saya tidak mahu viral dan terkenal kerana perkara negatif. Saya mahu slow and steady.
“Kalau tidak memang senang jika menggunakan perkara viral.
“Ada perancangan untuk lebih agresif mencipta nama namun buat masa ini, saya just follow with the flow,” jelasnya yang kini sudah lima tahun dalam industri muzik.
Dalam perkembangan lain, Eleena kini menyanyikan lagu rasmi MBH Medispa iaitu I Pergi MBH ciptaan DJ Fuzz.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI