Pelakon Ain Edruce yang telah selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama seorang usahawan Amirul Hafiz, pada Sabtu lalu tidak melatah apabila ada segelintir peminat yang pesimis terhadap lelaki pilihannya itu.

Malah ada di antara mereka yang membayangkan pasangan tersebut tidak secocok memandangkan Ain seorang yang tinggi lampai persis model.

Menjawab kenyataan tersebut, bintang Kekasih Paksa Rela itu tampil memberi reaksi.

Kongsi Ain, dia bukan individu yang memandang rupa paras untuk dijadikan sebagai pasangan hidup.

“Itu Ain tak fikir sangat sebab Ain memang jenis bukan tengok rupa.

“Memang bila kita cakap macam tu nampak macam klise, tapi kenapa kita nak cari orang yang ada rupa kalau kita ada rupa?,” seloroh Ain.

IKLAN

Meski tidak menafikan dia ada bertemu dengan lelaki kacak sebelum ini, Ain mengakui bukan mudah untuk cari pasangan serasi.

“Sebelum ni tipulah kalau Ain tak pernah jumpa lelaki handsome. Umur Ain pun dah 28 tahun kot.

“Jadi memang ada banyak jumpa lelaki yang luarannya tampak kacak sempurna. Dalam industri ni pun tengoklah pelakon lelaki ramai yang kacak.

IKLAN

“Cuma untuk cari lelaki yang sempurna itu bukanlah satu perkara yang mudah.

“Tapi bagi Ain, Ain suka lelaki yang bijak dan kita tahu kita tak boleh nak dapatkan lelaki sesempurna itu yang sedemikian.

“Ain kenal Amirul ni sejujurnya dia seorang lelaki yang memang Ain dambakan. Dia seorang yang bijak, bertanggungjawab.

IKLAN

“Soal muka tu bukan tentu lagi boleh bawa kau sampai syurga pun,” katanya jujur.

Terdahulu, Ain telah melangsungkan majlis pertunangan bersama Amirul Hafiz pada 22 Jun yang lalu dikediamannya, Sentul.

Pasangan ini bakal diijab kabul pada 13 Disember depan.

Foto : Instagram Ain Edruce

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI