Gara-gara wajahnya nampak ‘jahat’ dan ganas, pelakon Izuan Razali sering ditawarkan watak antagonis sepanjang terbabit dalam bidang lakonan.
Menurut Izuan, 32, dia juga tidak kisah dibenci penonton kerana watak jahat dilakonkannya itu.
Katanya, kebanyakan watak yang ditawarkan oleh penerbit dan pengarah selalunya adalah watak jahat.
“Saya percaya jika watak jahat dilakonkan membuatkan penonton benci pada saya, jadi watak yang dilakonkan itu menjadi,” kata pelakon yang turut terlibat di dalam filem terbaharu, Jiwa 8 Belas.
Mengenai lakonannya menerusi filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd arahan S Baldev Singh itu, Izuan menjelaskan dia melakonkan watak sebagai Mat Kitam.
Kata Izuan, dia ditawarkan watak Mat Kitam menerusi proses uji bakat yang dijalankan produksi pada 2018.
Ads
“Watak Mat Kitam juga mencabar kerana saya mengambil tempoh lebih sebulan untuk menjiwai watak termasuk mencipta gelak.
Ads
“Saya juga perlu memahami skrip kerana perlu faham dan kenali siapa Mat Kitam dan kenapa dia menjadi jahat,” katanya.
Berkongsi babak paling sukar untuk dilakonkan pula, Izuan berkata ia membabitkan babak Mat Kitam merogol Fatien (lakonan Sophia Albarakbah) dalam filem itu.
Ia sukar kerana dia belum pernah melakonkan babak berat seperti itu.
Ads
“Babak mencabar lain pula di mana tubuh saya lebam-lebam kerana dipukul dengan kayu ketika menjayakan babak pergaduhan.
“Saya juga lakonkan sendiri babak aksi tanpa bantuan pelakon lagak ngeri.
“Pelakon yang menjadi Idola dan memberi inspirasi pada saya dalam lakonan ialah Datuk Aaron Aziz dan Sharnaaz Ahmad,” katanya lagi.
Selain Izuan, filem Jiwa 8 Belas turut dibintangi A Galak, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Fauziah Nawi, Zila Bakarin, Aman Graseka, Shah Hazvee,Ikhram Juhari, Kanda Khairul, Akim Nordin, Faha Azhar, Arif Mex dan Acap S.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terbaru pelakon Nadia Brian ada memuat beberapa keping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Menariknya, foto tersebut merakamkan pelakon berusia 28 tahun itu mengenakan kostum watak Maleficent yang dilakonkan oleh pelakon antarabangsa, Angelina Jolie.
Difahamkan, tujuan perkongsian tersebut bagi bagi mempromosikan filem Maleficent: Mistress of Evil yang telah ditayangkan di pawagam bermula semalam.
“‘There are two sides of every story’Maleficient @disney @disneystudios @disneymalaysia @angelinajolieofficial Makeup @davidangckOutfit @payahuiofficial Photographer @marskhor87
Lantas, perkongsian pelakon kelahiran Kangar, Perlis ini mendapat perhatian daripada peminat.
Dalam pada itu, peminat turut merasakan foto yang dikongsi oleh Nadia kelihatan sangat mengagumkan, hingga ada turut memberi gelaran kepada Nadia sebagai Angelina Jolie Malaysia.
Sequel terbaru filem berkenaan kini mendapat perhatian pencinta filem animasi seluruh dunia!
Foto: Instagram Nadia Brian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penari terkenal, Alam Wakaka baru sahaja melangsungkan majlis pertunangannya bersama pilihan hati, Nurul Alisya Najwa.
Masih berdarah manis, Alisya yang baru menjangkau usia 19 tahun dilihat ada menitipkan ucapan buat bakal keluarga mertuanya itu.
Menurutnya, meski dia bukanlah berasal daripada keluarga senang atau pun berpelajaran tinggi, namun dia tetap akan cuba membahagiakan bakal suaminya itu.
Pelakon dan pengacara Yatt Hamzah berkongsi momen cemas sebelum melahirkan anak keempat pada 30 Disember lalu.
Kongsinya, beberapa insiden telah menimpa pelakon itu apabila mendapati adanya lendir berdarah mengalir di bahagian kakinya selepas selesai solat Subuh.
“Genap Seminggu, sudah sampai masa utk Bonda share kisah labour Bonda melahirkan #sucino4
“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Minggu lepas Isnin waktu yg sama skrg kira2 jam 8.15 pagi Bonda telah bersiap2 ke #hospitalpusrawi setelah ada lendir berdarah jatuh atas kaki sejurus Solat Subuh.
“Alhamdulillah Allah rezekikan dpt bertahajud lg pagi tu sblm Subuh.
“Sungguh2 minta pd Allah agar dipermudahkan & dilancarkan proses bersalin sbb masa tu dah start contraction yg agak kuat setiap 7 minit,” kongsinya.
Perasaan gemuruh mulai melanda Yatt atau nama penuhnya Haryati Hamzah kerana mengalami kesakitan luar biasa,tidak seperti melahirkan anak-anaknya sebelum ini.
“Sampai hospital @pusrawiofficial dlm 8.50 pg terus ke Emergency ditemani suami tercinta @zulfadhli_khiruddin
Masa tu Allah je tahu perasaan Bonda walaupn dah anak ke – 4.
“Sakit, nervous, takut (sbb ketiga2 anak semua kena paksa induce sampai contraction luar biasa kuat, sakit mcm nak mati rasanya) dlm masa yg sama rasa happy, lega dan bersyukur sbb akhirnya hari yg ditunggu2 dah tiba.. #babySuci akhirnya dah ready nak keluar setelah overdue 13 hari sejak 18 Dec 2019.
“Mujurlah layanan dr semua staff sangat baik, dari staff di kaunter emergency, nurse dan doktor yg check Bonda, membuatkan hati ni rasa lega dan kurang gementar.
“Dan masa yg dinantikan akhirnya tiba. Doktor check bukaan Bonda dan fuhh ALLAHUAKBAR … (BERSAMBUNG) ..
“Kalau sudi nak tahu sambungan kisah labour Bonda, komen NAK. Nanti Bonda sambung semula detik2 cemas Bonda di Hospital.
“Moga jd manfaat buat semua especially ibu2 hamil, yg tunggu masa nak melahirkan juga bakal2 ibu.. In shaa Allah,”akhirinya.