Bersempena dengan sambutan Hari Bapa yang lalu, Jep Sepahtu ada meraikannya secara sederhana bersama isteri, pelakon Sari Yanti dan anak-anak.
Dirai dengan sebiji kek comel, pelawak dan penyampai radio ini turut mengucapkan terima kasih buat insan tersayang atas ingatan.
“Terima kasih kesayangan abah,” tulisnya ringkas sambil disusuli dengan nama isteri serta anak-anak.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat juga tidak lupa untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa buatnya.
Pada masa sama, ada juga yang memuji Jep pada hantaran sama kerana dia disifatkan peka dengan menutup beberapa bahagian fizikal isterinya dengan emoji sebelum berkongsi foto di media sosial.
Sekadar informasi, Jep dan Sari Yanti mendirikan rumah tangga pada Februari 2017. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.
Sementara itu di dalam perkahwinan terdahulu, Sari turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Sementara itu menerusi kapsyen yang ditulisnya juga, Jep seolah-olah turut memperkenalkan nama cahaya matanya yang baru lahir, Khidir.
Foto: Instagram Jep Sepahtu