Pelakon dan penyanyi, Maya Karin gembira apabila menyambut ulang tahun kelahiran ke-40 tahun semalam.
Memilih lokasi di Noku Beach House, Bali, Indonesia, sebagai destinasi sambutan, bintang filem Munafik 3 bersama rakan-rakan merakam video penginapan mereka berhadapan dengan pantai.
Wanita asal Thailand yang kini menetap di Malaysia, Suraya Aqila yang tular khasnya di Tik Tok, kini tampil ayu berhijab sejak 1 Ramadan lalu.
Menerusi sesi ‘FB Live’ bersama Majalah Nona hari ini, dia yang sinomim disapa sebagai Kak Su atau ‘Mek Thai Viral’, memohon doa yang baik-baik daripada semua.
“Saya harap (bertudung) untuk selama-lamanyalah. Minta kalian doakan saya begini,” katanya yang mulai mengenakan tudung pada 1 Ramadan lalu.
Menerusi sesi sama, Suraya antara lain bercerita mengenai dirinya selain turut berkongsi status kesihatan nenek tersayang.
Dia berkesempatan menziarahi nenek yang uzur di Thailand selepas sempadan negara dibuka pada 1 April lalu.
“Buat masa sekarang alhamdulillah, nenek sudah pun sihat. Dah boleh makan, bercakap apa semua,” katanya.
Terdahulu, namanya diperkatakan ramai rentetan pemergian selebriti terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveeraoong.
Usahanya menjadi ‘translator’ bagi mengulas kes kematian bintang berkenaan di media sosial menarik perhatian ramai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert Exists X Orkestra yang berlangsung dengan gilang gemilang pada malam Jumaat menyaksikan lebih 6,000 penonton telah hadir di Megastar Arena, Kuala Lumpur.
Pencapaian tersebut secara tidak langsung telah membuktikan para peminat masih lagi berdiri utuh di belakang Exists meskipun kumpulan tersebut telah menginjak usia lebih tiga dekat.
Sepanjang konsert berlangansung, Exists yang dianggotai Mamat, Ezad Lazim, Ajai, Ujang, Musa dan Along mempersembahkan 24 buah lagu popular mereka yang masih malar segar sehingga hari ini.
Malah, konsert ini juga turut diiringi keasyikkan muzik orkestra daripada kumpulan orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Seleksi pemilihan lagu pula sememangnya bersesuai untuk dinyanyi bersama para peminat khusus buat mereka yang telah mengikuti kembara muzik Exists sejak tahun 1991.
Antara lagunya, Seperti Dulu, Masih Terserlah Ayumu, Untukmu Ibu, Langkah Seiringan, Jesnita, Julia dan Alasanmu.
Malah, Exists turut mempersembahkan dua lagu cover antaranya Rindu Serindu Rindunya nyanyian asal kumpulan Spoon dan Tak Mungkin Berpaling (Slam).
Lebih manis apabila kedua-dua vokalis Exists iaitu Mamat dan Ezad Lazim turut disatukan di atas pentas yang sama.
Dalam pada itu, Mamat turut merakamkan ucapan penghargaan buat Ezad kerana telah meneruskan perjuangan kumpulan Exists sewaktu dia mengundurkan diri satu ketika dahulu.
Malah, Ezad juga akui terharu melihat reaksi peminat yang turut sama menyanyikan lagu-lagu Exists sepanjang konsert yang berlangsung selama dua jam setengah itu.
“Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir meraikan acara konsert pada malam ini.
“Saya tak sangka masih ramai peminat yang masih mengingati lagu-lagu kami sehingga hari ini,” kata Ezad ketika muncul di atas pentas.
Tidak sekadar berhibur, Konsert Exists X Orkestra ini juga telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM20,000 untuk disumbangkan kepada Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) bagi membantu para anak seni yang memerlukan.
Menerusi satu segmen khas, Exists telah menyerahkan replika cek kepada presidennya iaitu Datuk Freddie Fernandez.
Sumbangan tersebut diperoleh menerusi hasil kutipan sebanyak RM10 daripada setiap pembelian tiket konsert.
Turut mencuri tumpuan pada malam tersebut adalah kemunculan pelakon dan pengacara terkenal Elly Mazlein yang dilihat begitu teruja menonton konsert Exists bersama suaminya.
Penyanyi terkenal, Shila Amzah enggan mengulas lanjut mengenai kemelut berpanjangan melibatkan keluarganya yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.
Menurut Shila, dia berharap agar semua pihak dapat memberikannya ruang untuk menyelesaikan isu ini secara dalaman.
“Buat masa ini, saya mengambil keputusan untuk berdiam diri dan membiarkan hal ini reda dahulu. Setiap perkara memerlukan masa.
“Kita juga tak mahu memaksa perkara yang belum sepatutnya berlaku. Ia harus berlaku secara semula jadi.
“Saya dah Syahir hanya boleh berdoa daripada jauh agar perkara ini dapat diredakan secepat mungkin. Saya pun tak mahu bercakap lebih. Ia hal berkaitan keluarga.
“Saya pun bukan jenis yang nak bercakap sentiasa. Harap orang luar juga dapat doakan kami,” katanya kepada MH.
Anak kepada penyanyi, ND Lala itu berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media Family Duo 3 malam tadi.
Ditanya adakah dia akan segera menjernihkan hubungannya bersama ibu, Datin Fauziah Sarman, Shila memaklumkan dirinya kini sedang menantikan waktu yang sesuai.
“Sudah tentu. Dia merupakan ibu saya. Namun bila ketikanya, biarlah masa dan jodoh yang menentukan,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Patah Seribu ini juga memaklumkan dirinya tidak mahu memberikan ruang buat komen-komen negatif mencemari fikirannya walaupun ada pihak yang melabelkannya sebagai ‘tanggang moden’.
“Saya tak baca kerana komennya terlalu banyak. Di waktu ini, saya lebih mengutamakan orang-orang di sekeliling saya. Orang di luar pun tak tahu mengenai hal sebenar.
“Apa yang diceritakan pihak di sana, kebenarannya belum keluar lagi daripada pihak saya tapi itu tak bermakna saya nak ceritakan kepada umum. Itu hal yang tidak perlu.
“Perkara ini mematangkan saya sebagai seorang manusia, anak, kakak, isteri dan ibu. Saya hanya baca komen-komen yang positif,” katanya lagi.
Pada masa sama, Shila turut mendedahkan dirinya tetap mahu menghargai orang-orang di sekeliling meskipun tanpa kelibat ibunya yang sentiasa menemaninya disetiap pertandingan sebelum ini.
“Alhamdulillah. Saya ada suami, adik beradik suami dan peminat yang datang menyokong. Bagi saya, sesiapa yang ada untuk kita, itu yang kita akan hargai, sayang dan berikan fokus.
“Yang memilih untuk tiada, itu diluar kuasa kita. Siapa kita nak paksakan perkara itu. Saya hanya reda dan mengharapkan ada perkara baik akan berlalu selepas ini,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea kembali dikejutkan dengan perkembangan terbaru mengenai kematian tragis pelakon Kim Sae-ron.Keluarga mendiang kini menuntut pelakon terkenal, Kim Soo-hyun untuk membuat permohonan...