
Shuib menerusi laman Instagram miliknya mengenang pemergiaan Allahyarhan Pak Yus atau nama sebenarnya Yusri bin Edoo.
Ia dibuat Shuib menerusi satu potongan video pendek.
“Genap 4 tahun… Al Fatihah buat sahabat Arwah Yusri bin Edoo @ pak yus.
“Kuharungi,hari demi hari,bersama wajah tak mungkin akan kembali.
“Mari kita sedekahkan lagi Al Fatihah buat sahabat saya Yussry Bin Edoo. #pakyus #tributepakyus #AlFatihah,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on
Serentak dengan muat naik video berkenaan, rata-ratanya menitipkan doa buat arwah Pak Yus.
Sekadar makluman, Yus Jambu meninggal dunia pada usia 39 tahun dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Selayang.
Sehingga kini, perkongsian dari suami penyanyi Sarah Raissuddin itu sudah pun mencecah hampir 200,000 tontonan.
Foto : Instagram Shuib
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Neelofa Akan Dedah Wajah Penuh Muhammad Bilal Tak Lama Lagi

Selebriti dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor menjelaskan dia terbuka untuk mendedahkan anak sulungnya, Muhammad Bilal Muhammad Haris, kepada umum tidak lama lagi.
Neelofa, 33, berkata dia tidak mahu menyekat dan sebolehnya mahu anaknya yang kini berusia lapan bulan membesar secara normal sebagaimana kanak-kanak sebayanya.
“Setakat ini alhamdulillah Bilal membesar dengan baik. Sebagai ibu saya teruja untuk berkongsi yang dia sekarang sudah pandai merangkak.
“Ya saya sedar ada yang masih mempertikaikan mengenai wajah Bilal di media sosial, jadi bahan gurau dan sebagainya.
“Tetapi saya percaya di dalam komen tersebut juga terselit doa kesejahteraan anak saya juga,” katanya kepada MH.
Neelofa berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Pineapple Juice Drintox keluarab Nilofa Plus di Kuala Lumpur, pada Rabu.
Neelofa pada masa sama mengakui dia tidak menghalang mana-mana peminat untuk mendekati atau melihat wajah Bilal jika terserempak di lokasi awam.
“Sebolehnya saya tidak mahu sekat pembesaran dia, biarlah sama dengan kanak-kanak lain. Malah tidak lama lagi saya dan suami akan bawa dia melancong buat pertama kali.
“Jadi ketika itu saya pun akui dia akan terdedah dengan persekitaran luar. Apa yang lebih baik, biarlah dia membesar secara normal.
“Saya pun tidak halang kalau ada sesiapa yang tersempak lalu tatap wajahnya. Cuma kebanyakannya faham dan menghormati privasi,” katanya.
Bilal merupakan anak sulung Neelofa dan suaminya Haris Ismail atau PU Riz yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Peserta Lain Mungkin Boleh Ambil Contoh Bagaimana Han Byul Buat Persembahan,”- Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah mengharapkan peserta program realiti, Big Stage 2 agar lebih bersedia dalam membuat persembahan dari minggu ke minggu.
Memasang harap agar para peserta akan memberikan persembahan lebih baik menerusi lagu-lagu dari penyanyi lain yang bakal dipersembahkan, penyanyi Anta Permana ini turut memberikan tip cara menghayati sesebuah lagu secara ringkas.
“Peserta yang lain mungkin boleh ambil contoh bagaimana Han Byul (peserta Korea Selatan) membuat persembahan. Tak semestinya lagu sedih kena harus berdiri kaku di situ. Kita perlu pada waktu bilakah kita perlu bergerak ke kanan atau ke kiri.
“Akan tetapi jangan sampai pergerakan itu menggangu fokus nyanyian. Sebab itulah apabila setiap kali anda bakal melakukan persembahan atau sesuatu tugasan yang diberi, ambil lagu dan lirik seterusnya hayati,” katanya pada sidang media sejurus konsert pertama.
Malah kongsinya lagi, ia antara tip yang sering diamalkan setiap kali akan membuat persembahan pentas.
“Ambil lirik dan ambil tahu muzik dan masa yang sesuai untuk kita bergerak bersama lirik dan emosi yang betul…barulah cantik.
“Bagaimanapun tidak mengapa kerana anda semua sedang dalam proses belajar,” terang Siti yang turut memberi komen peribadinya terhadap beberapa peserta lain.
Sheryl Shazwani
“Anda kena biasakan pergerakan kerana nampak agak kekok ketika membuat persembahan. Mujurlah anda membuat persembahan di atas platform, akan tetapi masih perlu ada pergerakannya seiring lagu.”
Aziz Harun
“Saya nampak anda membuat persembahan, tinggal lagi saya belum beritahu yang anda kelihatan seperti terlalu gementar, ia ketara ketika menyanyi. Sehinggakan, ia menyebabkan ‘pitching’ itu lari. Wajah tidak boleh menipu dan ketika itu anda seperti mahu ‘cover’. Jadi hal sedemikian perlu jaga.”
Kucaimars
“Saya mengharapkan lebih daripada anda memandangkan anda seorang pelajar teater. Jadi anda pasti lebih mampu untuk menghayati lirik sesebuah lagu.”
Pada konsert minggu pertama, Mark Adam turut diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri dan Cakra Khan.
Big Stage 2 kekal dihoskan oleh pengacara terdahulu, Alif Satar dan Sherry Alhadad dan ia dibawakan khas oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Bersiaran setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann ditugaskan untuk mengacara segmen Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Tiada penyingkiran menerusi konsert pertama ini.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza, Gempak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Ayden Mikael, ‘Cute Baby’ Yang Sering Didukung Mira Filzah, Kian Viral Sejak Muncul Dalam Pujaan Hati Kanda. Super Comel!

Kepada mereka yang mengikuti siri drama Pujaan Hati Kanda, pastinya akan tertarik dengan watak seorang bayi comel.
Menerusi drama berkenaan, bayi tersebut dijumpai Megat Danish, lakonan Remy Ishak ketika mahu melangsungkan perkahwinan.
Diberi nama Ayden Mikael, bayi berusia lingkungan 5-7 bulan itu mulai menjadi perhatian ramai dek kecomelannya itu.
Malah, para pelakon menerusi drama berkenaan juga turut tidak lepaskan peluang untuk merakam gambar bersamanya.
View this post on InstagramA post shared by Ayden Mikael MZ (@aydenmikael_mz) on
Ayden yang tampak selesa bergandingan bersama pelakon Mira Filza, menerusi drama yang disiarkan menerusi slot Akasia di TV3 itu.
View this post on InstagramBaby iqy & mama iqy #pujaanhatikanda #akasiatv3 #macheallstarunitedsdnbhd ? mira filzah
A post shared by Ayden Mikael MZ (@aydenmikael_mz) on
View this post on InstagramMama tiara, iqy sleepy la ??? #pujaanhatikanda #akasiatv3 ? @mfmirafilzah
A post shared by Ayden Mikael MZ (@aydenmikael_mz) on
Pada masa sama, ibu bapa Ayden yang dikenali sebagai Kim Anna dan Azhar juga sering berkongsi gambar menerusi Instagram anaknya itu.
View this post on Instagram? Makmok kawen Hajar x Eppy 251118
A post shared by Ayden Mikael MZ (@aydenmikael_mz) on
View this post on InstagramMika : mommy nak buat muka camne ni? Mommy : ok ikut mommy tau ✌? ?
A post shared by Ayden Mikael MZ (@aydenmikael_mz) on
Foto: IG Ayden Mikael
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI