Masihkah kamu ingat dengan penyanyi dan pelakon remaja Indonesia bernama Cinta Laura yang pernah dikenali melalui drama bersiri Upik Abu & Laura?
Bukan itu sahaja, dia juga pernah popular dengan lagu “You Say Aku” yang cukup catchy dan fun.
Sewaktu awal kemunculannya dia bukan sahaja dikenali kerana mutu lakonannya, malah, dia juga sering mendapat perhatian kerana wajahnya yang sweet dan comel. Maklumlah anak kacukan Indonesia dan Jerman.
Bukan itu sahaja, Cinta juga pernah mengemparkan industri apabila kononnya dia mempunyai masalah pertuturan dalam bahasa kebangsaan Indonesia dan agak sukar bergaul dengan orang ramai kerana masalah komunikasi.
Entah kenapa tiba-tiba sahaja MH Online teringatkan tentang gadis ini dan ingin lihat bagaimana wajahnya yang terkini.
Dia semakin cantik dan matang. Jika dahulu dia kelihatan halus dan kecil, kini dia kelihatan sangat dewasa dengan tubuh badan yang cukup fit.
Melalui posting-postingnya di Instagram, MH Online difahamkan dia kini sedang sibuk dengan pembikinan filem Crazy For The Boys yang bakal ditayangkan pada 2018 dengan memegang watak sebagai Madison.
Namun ini bukanlah filem pertamanya di Hollywood, dia juga telah terlibat dengan beberapa pengambaran Hollywood yang lain seperti After the Dark, The Ninth Passenger, TAR dan Goodnight
Okay tak nak cakap banyak. Nah ini dia beberapa gambar Cinta Laura yang pernah popular di kaca televisyan Malaysia suatu masa dahulu.