“Wajib Jauhi Jantan Yang Buka Aibmu…,” – Bapa Emma, Ismail Embong

Share

Selepas kecoh mengenai keputusan drastik pelakon Emma Maembong yang kini sudah mengesahkan dirinya tidak lagi bertudung selepas lima tahun mengenakan hijab, status bapa kepada bintang berkenaan, Ismail Embong pula mencetuskan sensasi di kalangan netizen.

Meski tidak menyebut nama mana-mana individu, namun status yang dikongsikan menerusi Facebook kira-kira enam jam lalu itu pantas mendapat perhatian.

Menerusi status berkenaan Ismail mengingatkan golongan wanita agar menjauhi lelaki yang membuka aib.

 

“Duhai perempuan, wajib dijauhi jantan yang buka aib mu; dia sesungguhnya iblis bertopengkan manusia sering berusaha memecahkan umat & keluarga,” tulis pelukis terkenal itu lalu disambut dengan lebih ratusan komen.

Malah, perkongsian Ismail yang menggunakan akaun Maembong Ayoh itu setakat ini turut menerima lebih 200 perkongsian di aplikasi sosial berkenaan.

Sementara itu, Emma seperti yang dilaporkan turut menjelaskan keputusan yang dibuat adalah atas kehendak sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Keputusan drastik yang dilakukannya itu telah mendapat reaksi pelbagai pihak.

Foto: Instagram Emma Maembong/ Facebook Ismail Embong

 

Published by
Rafiq Mazlan