
Personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok mendedahkan dia terlibat kemalangan bersama seorang penghantar makanan bermotorsikal (food rider) pada Khamis.
Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Mohd Nor menjelaskan, insiden berlaku apabila food rider terbabit dipercayai melanggar kereta yang yang dinaiki dari arah belakang.
Meski keadaan keretanya agak teruk, Wak Doyok bagaimanapun mengambil pendekatan untuk membantu food rider terbabit yang mengalami kecederaan susulan kemalangan.
“Berlaku satu tragedi petang tadi waktu puncak. Kereta aku dilanggar oleh rider grab dari arah belakang berhadapan Sg Wang Plaza, Bukit Bintan.
“Kereta aku teruklah jugak. Tapi takpe lah. Lagi teruk adik rider tu motor dia rosak teruk tangan dia luka-luka dan terseliuh bahunya.
“Jadi aku settlekan semua semoga dia sihat kembali dan bekerja mencari rezeki. Hati-hati di jalan raya,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Wak Doyok selain mendoakan agar dirinya terus dimurahkan rezeki.
Perkongsian sama turut dikongsikan pelakon filem Abang Long Fadil 3 ini menerusi Insta Stories selain memuat naik tangkap layar perbualannya bersama food rider tersebut yang memohon maaf atas khilaf.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/lKzn6GUIO-8
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Diana Amir Sambut Hari Jadi, Suami Siap Bagi Hadiah iPhone XR, Doa Bahagia Tak Putus

Pelakon Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim telah menyambut hari kelahirannya yang ke 32 tahun bersama keluarga, malam semalam.
Diana berkongsi momen kegembiraan itu menerusi beberapa keping gambar yang dikongsi di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, suami kepada hos dan pelakon itu, Muhamad Habibbullah A Rahman telah menghadiahkan sebuah telefon bimbit model iPhone XR kepada Diana.
“tq syg.. sy tau awak nak bawa sy tour Europe tp sbb anak2 kita kecik lg and harini raya so awak bawa sy tour Klang Valley..
“Hehe NO lah.. Im genuinely surprised dgn semua yg awak buat utk bday sy.. Makin pandai berlakon ehh..
“Alhamdulillah sy bersyukur dgn family yg sy syg and syg sy tq for the meaningful celebration.
“Sentiasa doakan dan sayang each other in sya Allah gais..#Dianaayearyounger #Happybirthdaytome,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by D I A N A A M I R (@dianaamir) on
Di samping itu, peminat telah menitipkan kata-kata ucapan kepada bintang filem Aku Masih Dara itu.
Untuk rekod, Diana telah dilahirkan pada 22 Jun 1986 di Birmingham, England.
Foto : Instagram Diana Amir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hanya Dia Sahaja Lelaki Dalam Hidup Adiknya,” – Ibu Syamsul Yusof Puji Syaikhul Pandai Jaga Sumayyah

Ibu kepada pengarah Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail hari ini berkongsikan luahan hatinya mengenai cucu lelakinya, Syaikhul Islam yang merupakan anak sulung kepada Syamsul dan Puteri Sarah Liyana.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Patimah memuat naik gambar Syaikhul mencium kepala serta berpelukan dengan adik perempuannya, Sumayyah di sebuah pusat peranginan.
Isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu memuji Syaikhul yang disifatkannya cukup pandai menjaga adiknya sepanjang kehidupan mereka berdua.
“Syaikhul seorang abang yang menjaga adiknya, Sumayyah dengan baik kerana (Syaikhul) tahu, hanya dia sahaja lelaki dalam hidup adiknya,” tulis Patimah.
Terdahulu, Sarah mendedahkan ibu mentuanya menawarkan diri menjadi pencelah dan saksi membabitkan krisis rumah tangganya bersama Syamsul.
Menurut Sarah, Patimah menghubunginya bagi menawarkan kesudian memandangkan dia lebih tahu kemelut yang berlaku sepanjang tempoh krisis berkenaan susulan dakwaan Syamsul mengatakan Sarah nusyuz dan keluar rumah tanpa izin pengarah tersebut.
Untuk info, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hujan Lebat, Naik Motor, Menangis Dongak Langit.. Antara Momen Norman Hakim Bila Terkenang Abby Abadi Saat Bersalin Anak Pramatang

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Abby Abadi, pelakon Norman Hakim ada menitip ucapan istimewa buatnya.
Malah, Norman turut berkongsi kejadian disebalik perkara yang dilalui Abby ketika melahirkan bayi pramatang, Daniel Firman seberat 535gram pada 27 September lalu.
“Sanah Helwah Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-42 Mama kepada cahayamata2ku @abby_abadi112
“Ntah la bok..tp birthday awak kali ni saya rasa hiba sangat.Hiba tanda syukur sbb awak masih lagi ‘survived’ dalam hidup duniawi ni.Allah s.w.t & kita2 je ( @jaiezzany & @memeysuhaiza ) yg tahu betapa kritikalnya keadaan awak masa awak tumpah darah nak selamatkan Baby Daniel Firman Faizal hari tu.
“Saya tak pernah cerita kat awak part ni.Bila Jai bgtau pada saya & memey yg awak tumpah darah dan nak kena selamatkan SALAH SEORANG,masa tu saya terasa dunia berhenti sekejap.Saya tgk memey,memey tgk saya dan terus kitaorang nangis2.
“Spontaneously memey suruh saya pergi dulu bawak motor ke hospital,buat apa2 yg sepatutnya & bagi support kat Jai.
“Masa tu hujan lebat bok,saya bawak motor full throttle sampai terangkat2 tayar depan pergi hospital.Saya nangis dongak ke langit mohon pada Allah s.w.t tolong selamatkan kedua2 awak & Baby Daniel sbb kan salah satu doa yg in shaa Allah mustajab adalah masa tgh hujan.Org takkan perasan sy menangis masa tu sbb dah tak boleh nak bezakan antara air hujan & air mata.
“Masa insiden tu Bok,baru kitaorang sedar yg kitaorang sangat menyayangi awak Lillahita’ala.Hanya Allah s.w.t,saya, @memeysuhaiza , @jaiezzany yg tahu kasih sayang kita ni.Long story short,alhamdulillah Allah s.w.t perkenankan doa saya & beribu2 yg lain yg berterusan doakan awak & Baby Daniel sampai ke hari ni alhamdulillah syukur,” kongsinya.
Bersyukur dikurniakan umur panjang, Norman dan isterinya, Memey Suhaiza sama-sama meraikan hari jadi Abby di sebuah restoran.
“Dan hari ni Allah s.w.t bagi izin utk awak bernafas utk ulangtahun kelahiran yg ke sekian kali bersama Baby Daniel & yang tersayang.Kitaorang sayang awak sangat2 Bok.Awak insan hebat yg mempunyai hati & aura yg luar biasa.Dan saya personally berterima kasih banyak2 kat awak & jugak @memeysuhaiza sentiasa berusaha menjadi Mama & Mummy terbaik buat anak6 saya dengan izin dariNya
“We u Bok.Semoga awak sentiasa didalam lindungan,rahmat & kasih sayang Allah s.w.t Aamiin Ya Rabb,” titip Norman yang menggelar Abby sebagai Bok.
View this post on InstagramA post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on
Sementara itu, Memey turut menitip ucapan buat Abby di Instagram miliknya.
“Assalammualaikum. Sy mulakan update ig saya hari ni dgn ucapan birthday utk kesayangan saya ni @abby_abadi112 ❤
Saya tak tau nk tulis apa.. buntu.. tulis padam,tulis padam dr td 😅
Sebab ….kalau nak digambarkan dgn kata2… terlalu byk kebaikan & kasih sayang yg tak mampu sy luahkan dgn kata2…
Allah sahaja yg maha mengetahui..
“Apa yg saya boleh harap & selalu berdoa ,
Semoga insan bernama @abby_abadi112 ini sentiasa dalam lindungan & rahmat Allah.. diberi kebahgiaan ,kesihatan yg baik,umur yg diberkati & semoga selalu didekatkan segala yg baik2 untuknya,” tulisnya.
Dalam pada itu, Memey turut mendoakan agar pelakon drama Gerak Khas itu dilindungi dan diberkati Allah.
“I love u soooooooooooo much ❤
Syukur utk segala nikmat kasih sayang ni..
Semoga kita semua trs hidup dlm berkasih sayang💋
Happy Birthday kakak ku ❤
Jom ramai2 wish birthday kakak sy & pls doakan yg baik2 untuknya juga..
Semoga segala doa yg baik2 tu akn berbalik pada u all juga ..Amin,” titipnya.
View this post on InstagramA post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on
Terdahulu, Abby dan Norman pernah mendirikan rumah tangga pada Januari 2002 dan bercerai pada 2008.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 11.
Norman kemudian berkahwin dengan Memey pada 2011, manakala Abby berkahwin dengan Faizal Zakaria pada 2015.
Video/Foto: Instagram Norman Hakim, Memey Suhaiza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI