Wakil Malaysia di pertandingan Miss Charm 2024, Rashmita Rasindran, berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Kemenangannya bagai sudah boleh dijangka sejak awal pertandingan lagi.

Menampilkan prestasi yang baik di pusingan kelayakan, gadis berusia 24 tahun ini mengalahkan 35 peserta lain yang datang dari seluruh dunia untuk merebut gelaran berprestij itu.

Dalam pertandingan akhir yang diadakan di Stadium Nguyen Du, Vietnam, Rashmita memukau pandangan dalam busana gaun petang potongan duyung rekaan Redzuan Harun Couture.

Wakil Malaysia Dinobat Sebagai Juara Miss Charm 2024

Dia meluncur laju mara ke kedudukan top 20, top 10, top 6 dan seterusnya ke pusingan akhir yang hanya melibatkan tiga peserta terbaik.

Ketika di pusingan top 3, Rahmita diberikan soalan berkaitan menggunakan pendidikan sebagai satu platform untuk memerangi ketidaksamaan sosial dalam masyarakat kini.

Ads

“Pendidikan seharusnya menjadi sebahagian daripada kedidupan semua orang, kerana ia merupakan platform yang boleh mengubah kehidupan seseorang untuk menjadi seorang yang kosong ke hero.

“Dan saya percaya hanya dengan pendidikan yang merupakan platform berkuasa mampu merubah hidup seseorang dan memberi impak yang besar. Saya percaya setiap daripada kita dilahirkan untuk melakukan sesuatu di dunia dan ia hanya boleh berlaku dengan kuasa pendidikan,” jawabnya lancar.

BACA JUGA: 10 Selebriti Ini Pernah Jadi Ratu Cantik Wakili Malaysia Ke Persada Antarabangsa

Ads

Wakil Malaysia Dinobat Sebagai Juara Miss Charm 2024

Selain Rashmita yang bergelar juara, wakil Australia, Alana Deutsher-Moore bergelar naib juara dan peserta tuan rumah, Nguyễn Thị Quỳnh Nga pula berada di kedudukan ketiga.

Manakala Melati Tedja, Xiadani Saucedo dan Vanesa Velásquez, masing-masing dari Indonesia, Mexico dan Colombia melenagkapkan kelompok top 6.

Ads

Imbas kembali, kemenangan Rashmita mengulang kejayaan pelakon, model dan penerbit terkenal, Kavita Sidhu yang sebelum ini bergelar Miss Charm International 1990.

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI