Isteri kepada Datuk Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid memberitahu suaminya akan memberi pokok tanaman atau hiasan sekiranya dia rasa gelisah atau mahu menghiburkan hati.
Gelagat unik suaminya dikongsi Shahida menerusi salah satu postingnya menerusi Instagram.
“Bila dia gelisah atau nak hiburkan hati dia akan beli pokok… @aliffsyukriterlajaklaris ni mmg suka pokok…. dulu2 waktu baru kahwin masa nak pergi mana2 dia selalu bawa pisau dalam kereta….rupanya dia suruh saya potong atau cabut anak2 pokok tepi jalan tu nak tanam kat rumah…dia kata nak beli ni mahal kalau ambik anak2 semai jimat duit…..
“Lepas tu pandai pula tu…kita yg disuruh turun…dia tunggu dalam kereta….takut la tu kantoi. Alhamdulillah sekarang dah lama x buat kerja gitu ?sebab ada rezeki Allah bg nak beli pokok bunga,” tulisnya.
Ads
Terdahulu, Aliff baru sahaja kehilangan bapa tersayang, Kamarzaman Kamaludin beberapa hari lalu.
Ads
Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi jantung tahap tiga dan paru-paru berair.
Foto: Instagram Datin Seri Nurshahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan popular, Wawa Zainal kembali beraksi di hadapan kamera selepas berehat selama lima tahun daripada dunia lakonan.
Wawa bakal muncul dalam naskah terbaru berjudul Sabda Kekasih di samping suaminya, Aeril Zafrel. Turut sama terlibat di dalam filem berkenaan termasuk Sabti Yunus dan Fauziah Nawi.
Wawa menerusi satu hantaran di Instagram turut bersyukur kerana semua pihak terlibat banyak membantu.
“5 years tak berlakon, kekok sgt digandingkan dengan pelakon hebat @aeril_zafrel @fauziahnawi @sabriyunus.
“Alhamdulillah semua sgt membantu wawa dpt kan tune balik, al maklumla da shy2 cat nampak camera. Lepastu pelakon baru @sharifahhusnaofficial yg sgt talented.
“I can feel husna boleh pergi jauh dlm industri dgn wajah yg cantik dan lakonan pun menjadi,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut menyatakan penonton tidak akan rugi untuk menonton filem yang berdurasi kira-kira 80 minit itu.
“I just cant wait utk uall layan #sabdakekasih ni . promise tak rugi sejam 20minit uall .. yg penting sediakan tisu kat sebelah ok,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama tidak sabar untuk menantikan tayangannya pada 24 Jun ini, sementelah runut bunyi filem tersebut nyanyian Daqmie sudah pun dilancarkan beberapa bulan lalu.
Foto: Instagram Wawa Zainal, YouTube Arteffects Media
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Filem Khong-Khaek: The Djinn’s Curse membawa kelainan apabila menjadi filem seram Islamik pertama negara Gajah Putih itu.
Malah filem berkenaan turut mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya meraih kutipan box office sejak ditayangkan di Thailand mulai 28 September lalu.
Bermula 2 November lalu, Yusrych Global Sdn Bhd membawakan filem terbitan M Thirty Nine Co. Ltd. dan Monwichit Entertainment itu ke pawagam di negara ini.
Pengasas Yusrych Global Sdn. Bhd., Yusry Makmor berkata, pihaknya berminat membawa masuk filem ini untuk tayangan di Malaysia apabila menyedari trailer rasminya menjadi viral dan diperkatakan ramai di media sosial.
“Saya percaya filem ini akan pecah panggung, tambahan pula kutipan di Thailand sangat memberangsangkan iaitu sebanyak RM6 juta dalam tempoh 11 hari tayangan.
“Kalau melihat pada komen pula, rata-ratanya ramai yang teruja nak menonton,” ujarnya.
Sebelum ini, Yusrych Global Sdn Bhd bertindak sebagai penerbit dan edaran bersama untuk filem Anwar The Untold Story dan Khong-Khaek: The Djinn’s Curse menjadi filem kedua edaran syarikat berkenaan.
Sementara itu, pengarah filem ini, Kriangkrai Monvichit menjelaskan, idea untuk menghasilkan naskhah tersebut tercetus setelah isterinya yang suka menulis skrip bersendirian mengadu alami situasi mistik.
Hasil dari perbualan itulah, pasangan tersebut sepakat untuk menghasilkan sebuah filem seram dan akhirnya terhasil skrip filem Khong-Khaek: The Djinn’s Curse.
Ia dibarisi oleh para pelakon seperti Golf-Akara Lucas, TubFm-Anyarin Terathananpat, Mo-Amena Pinit, Marika Phraekhieocharoen, Piyarat Jatupong dan ramai lagi.
Menurut Kriangkrai lagi, mereka mengangkat tema berkaitan jin kerana mahu penonton lebih memahami kesan dan akibat buruk apabila manusia meminta pertolongan ataupun bersekongkol dengan perkara syukrik.
Khong-Khaek: The Djinn’s Curse mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Win yang berhijrah bersama keluarganya ke sebuah wilayah terpencil di Selatan Narathiwat apabila merasakan yang keluarga mereka itu seperti diganggu jin.
Di sebalik mahu mencari perlindungan daripada gangguan yang dialami mereka, ternyata keluarga berkenaan terjerumus dengan bahaya yang lebih besar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meskipun pernah dihimpit kontroversi yang masih belum selesai sehingga hari ini, penyanyi terkenal, Aishah Ariffin mendedahkan dirinya tidak serik untuk menyertai program realiti, All Star Gegar Vaganza (GV10).
Menurut Aishah, masalah yang dihadapinya itu bukanlah bersama pihak Astro sebaliknya penaja yang tidak mengotakan janji.
“Kontroversi saya bukan dengan Astro tapi dengan pihak penaja. Bila sudah selesai urusan dengan penaja, semuanya okay sahaja.
“Cuma, kini hanya tinggal urusan bersama satu lagi pihak penaja sahaja yang belum selesai,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai strateginya untuk bersaing dengan juara-juara GV yang lain, penyanyi berusia 58 tahun ini memaklumkan dirinya hanya mahu kekal sihat untuk memberikan persembahan terbaik setiap minggu.
“Entahlah. Nak kata saya sudah siapkan strategi sangat pun tidak juga. Saya hanya mahu menyanyi dan perlu mempersiapkan diri.
“Untuk memastikan saya dapat menyanyi dengan baik, saya kena sentiasa berada dalam keadaan sihat,” ujarnya lagi.
Penyanyi lagu Janji Manismu ini berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media GV10 baru-baru ini.
Dalam pada itu, Aishah turut mendedahkan dirinya bakal menampilkan kelainan dari segi fesyen dan kreativiti di atas pentas.
“Pada GV10 ini, saya nak tunjukkan kepada peminat yang saya mahu berfesyen. Dahulu, tiada sponsor yang mahu menerima saya sebab katanya baju banyak kain.
“Sekarang pula, makin berebut-rebut orang nak taja baju saya. Semasa di GV4, walaupun saya menang, saya tidak merasakan yang saya berada di dalam versi diri saya yang terbaik.
“Kita sendiri pun tahu kemampuan sebenar diri kita bila kita lebih sihat dan boleh menggayakan apa sahaja fesyen. Persaingan amat sengit dan semua peserta boleh menyanyi dengan bagus.
“Jadi, aspek-aspek lain inilah yang akan dinilai seperti penampilan, kreativiti, penghayatan dan macam-macam lagi nilai terperinci. Ini bukan sekadar pertandingan menyanyi tapi juga persembahan,” katanya lagi.
Malah, juara GV4 ini juga teruja apabila bakal menyertai GV10 bersama ‘glam team’.
“Kini saya akan ada team sendiri. Kesian juga saya. Nampak macam susah sangat masa GV4 dulu bila saya tiada team. Semua orang nampak saya datang lenggang kangkung sahaja.
“Saya masih menjadi diri saya. Namun, kini ada orang yang akan jagakan wardrobe dan tolong menggayakan tudung. Maknanya, kini saya sudah boleh fokus sepenuhnya terhadap nyanyian dan persembahan,” akhirinya.
Terdahulu, pada program realiti GV4, Aishah dinobatkan sebagai juara dan dijanjikan hadiah wang tunai RM100,000 selain sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar beli-belah bernilai RM6,000 berserta trofi.
Bagaimanapun Aishah akhirnya mendedahkan tidak mendapat hadiah sebidang tanah seperti dijanjikan hampir setahun selepas program itu berakhir.
Hal tersebut telah dibawa ke muka pengadilan dan masih belum selesai sehingga hari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...