Pelakon, Fasha Sandha mengakui dia lebih rela menjadi ‘sombong’ demi keselamatan dalam menjaga anak-anak, terutamanya apabila berada di tempat awam.

Katanya kepada MH, dia tidak mahu berpura-pura di hadapan peminat dan layanan mesra terhadap mereka juga bukanlah di semua situasi, khasnya apabila bersama anak-anak.

“Saya tak suka berpura-pura atau nak tunjuk diri baik sangat, dengan peminat kena jadi diri sendiri. Mereka suka kalau kita melayan, tetapi bukan dalam semua situasi.

“Waktu Dengan Keluarga Terutama Anak-Anak, Saya Akan Secara Automatik Sedikit ‘sombong’,” – Fasha Sandha

“Waktu saya dengan keluarga terutama anak-anak, saya akan secara automatik sedikit ‘sombong’.

“Bukan apa, sebab saya lebih pentingkan keselamatan anak-anak apabila berada di lokasi awam, bimbang andai ada apa-apa jadi berlaku jadi saya memang akan dahulu dan jaga mereka,” katanya jujur.

Ads

Pada masa sama, dia juga tidak kisah andai digelar sedemikian kerana dia sedia tahu peminat akan faham apabila dijelaskan sebabnya.

“Biar saya dikata sombong kerana anak-anak lebih penting dari segala-galanya. Bukan populariti semata-mata.

“Apabila dengan anak-anak keutamaan lebih pada mereka dahulu. Anak-anak penting dalam hidup saya.

Ads

“Tetapi saya akan cakap baik-baik dengan peminat, bukan buat muka sombong begitu sahaja. Alhamdulillah, mereka faham dengan situasi tersebut,”kongsi bintang Patah Sayang Bertongkat Paruh ini lagi.

“Waktu Dengan Keluarga Terutama Anak-Anak, Saya Akan Secara Automatik Sedikit ‘sombong’,” – Fasha Sandha

Pada masa sama, Fasha buat masa sekarang cuba untuk mengisi masa lebih bersama keluarga dan terpaksa menolak beberapa tawaran cara baik.

Ads

“Saya buat yang terbaik bukan kerana soal bayaran, sebaliknya kerana minat. Tetapi tak semua yang saya terima tawaran yang datang kerana keadaan komitmen yang tidak mengizinkan. Demikian juga bab anak-anak.

“Kalau ada peluang akan masak untuk suami dan anak-anak. Sebab tu kalau tawaran yang siri terlalu panjang dan memerlukan komitmen tinggi jadi saya tolak dengan baik kerana takut tak boleh bagi masa untuk keluarga,” akhirinya.

Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata ini ditemui pada majlis pelancaran produk Aura White Sparkle Diamond Skincare dan Aura White Sparkle Diamond Collagen Travel Pack di Kuala Lumpur, hari ini. Fasha merupakan duta kepada produk berkenaan.

https://www.youtube.com/watch?v=hIX7PC2iPnA&t=2s

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI