Pelawak dan hos, Ajak Shiro berkongsi memori tak ternilai dari isteri, Nur Afifah binti Amin sewaktu diberitakan pemergian pendakwah terkenal, Ustaz Ismail Kamus.
Cerita si isteri, sewaktu dia berusia tujuh tahun, dia pernah bertemu Allahyarham Ismail Kamus yang pada ketika itu arwah sedang menyampaikan ceramah di daerah Kluang.
Jelasnya, masih segar dalam ingatan akan keperibadian arwah yang pandai mengambil hati kanak-kanak dan turut diajak berbual.
“Isteri saya bersedih dengan berita pemergian Allahyarham Ustaz Ismail Kamus.
Ads
“Ketika isteri saya kecil, waktu itu dia berusia 7 tahun, isteri saya pernah bertemu Beliau.
“Ustaz ceramah di daerah Kluang waktu itu. Isteri saya diriba dan bersembang dengan beliau. Pandai ambil hati kanak-kanak.
“Segar dalam ingatan Isteri saya hingga hari ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama insan yang beriman dan ketika kita kehilangan insan seperti ini, sememangnya itu adalah musibah bagi kita.
Terdahulu, pendakwah terkenal dan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah malam di kediaman beliau di Ampang.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, rata-rata peminat turut menzahirkan rasa selain memberi penghormatan terakhir buat pendakwah terkenal negara itu. Al-Fatihah.
Foto : Instagram Ajak Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi usahawan terkenal, Nur Sajat yang sentiasa mendapat perhatian ramai pihak.
Setiap apa yang dilakukan pastinya menjadi bualan netizen; baik dari segi perniagaannya, pakaian yang digayakan serta sisi peribadi.
Jadi, MH kongsikan 10 trivia menarik mengenainya.
1. Sajat menjalankan beberapa perniagaan seperti Let’s Bekung Diamond, Nur Sajat Gold dan terbaru, Nur Sajat Beutician. Dia mulai serius berniaga lebih tiga tahun lalu.
2. Selain menjalankan perniagaan, Sajat juga memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi. Lagu duetnya bersama Datuk Seri Aliff Syukri berjudul Abang Nak Tegur dan Bobo Di Mana telah mendapat kecaman ramai pihak, namun setakat ini muzik video lagu itu telah mengumpul jutaan kali tontonan.
3. Media Sosial Nur Sajat, dia mempunyai lebih sejuta pengikut di akaun Instagram, Sajat sering memuat naik gambar dan videonya.
Dahulunya menggunakan nama profil ‘Nur Sajat’, namun ketika berada di Lebanon baru-baru ini, Sajat telah menukar namanya kepada ‘Ajramjat’.
4. Miliki Banglo Mewah dianggarkan bernilai RM11 Juta. DS Aliff menawarkan kediaman berkenaan kepada kawan rapatnya itu.
5. Mempunyai Dua Orang Anak Angkat.
Sajat telah mengambil sepasang anak angkat iaitu Nur Syaza Sajidah dan Muhamad Syahmi, masing-masing berusia tiga tahun.
6. Coach Yin merupakan teman rapat dan sering memberi sokongan kepadanya.
7. Sajat sering mencetuskan kontroversi misalnya menerusi beberapa kenyataan serta pernah tampil daring dengan berbikini di Lebanon baru-baru ini. Malah, perkara itu juga telah mendapat teguran ramai pihak.
8. Gemar Berswafoto & OOTD. Menerusi Instagramnya, Sajat gemar berkongsi gambar dan telah mendapat puluhan ribu likes (tanda suka).
9. Body Goals Sajat, Buat Ramai Wanita Cemburu kerana miliki bentuk badan yang ideal yang pastinya membuatkan wanita di luar sana ‘gigit jari’.
10. Rajin ke gimnasium.
Sajat amat menitikberatkan kecantikan dan rajin ke gim untuk bersenam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama kumpulanKangen Band tidakperludiperkenalkanlagi. Baik di persadamuzik Indonesia, mahu pun di Malaysia. Malah, kumpulaninimasihberjayamengekalkankedudukan merekasebagaiantarapemuzikterbaik yang pernahadadalamsejarahindustrihiburan Indonesia.
Deretan album dan lagu yang pernahdihasilkanKangen Band juga masihmenjadisiulanpeminat dan pencintamuzik tempatan. Tidakketerlaluanjikadikatakan, karya dan muzikKangen Bandterushidup.
Seiringperedaran masa dan zaman, Kangen Band yang ditubuhkan pada 2005kembalilagike Malaysia yang mana kali inimembawakansesuatu yang cukupistimewa dan eksklusif buat seluruhpeminatsetiamereka.
Kumpulan yang dianggotai oleh Andika (Vokal);Dodhy(gitar); Tama (gitar); Bebe (bass); dan Izzy (keyboard) itubakal menjayakan LiveIn Kuala Lumpur KangenBand: Kangen Pada Kenangan di Zepp Kuala Lumpur pada 2September 2023.
Membawakan tema Kangen Pada Kenangan, tentu saja peminat tidak sabar untuk mendengarkan lagu-lagu bernuansa cinta yang pernah mengangkat nama KangenBand hingga berjaya mengumpul peminat tersendiri.
Penganjur, PurosangueEntertainment berkata, pihaknya gembira dan bersyukur kerana buat julung kali berjaya membawa KangenBand kembali ke Malaysia bagi mengadakan persembahan berskala besar.
“Saya rasa bersyukur kerana berjayatarikKangen Band datangke Malaysia buat kali pertama yang mana sebelumnisayatengokdi media sosial, ramai yang mintauntukKangen Band datangke Malaysia untuk buat konsert.
“Suka juga untuksayakongsikan yang mana bersempenasidang media Konsert Live In Kuala Lumpur Kangen Band: Kangen Pada Kenanganhariini, kitaakanmenjual ‘early bird’tiket, yang mana kitaakanjual pada harga RM200sehingga 30 Jun ini. Pembelian tiketnibolehdibelidekat website kami.
“Saya berharapapa yang kitarancangberjalanlancar dan seterusnyamengubatkerinduanpemina tKangen Band di sini yang inginmenyaksikan persembahandaripadamereka,” katanya.
Sementaraitu, mewakiliKangen Band, Andikaberkata, merekasudahtidaksabaruntukberaksi di Malaysia.
“Saya mewakiliKangen Band berasasenang kerana dapatdatangkesinilagiuntukmenghiburkanpeminat. Walaupunsebeluminipernahmembuatpersembahandi sinisebagaipenyanyijemputan, kali inicukup berbeza kerana Kangen Band muncul pada sebuah konsertkhas buat semua.
“Jadi, janganlupauntukbelitiket kami dan sama-samahadirdi Zepp Kuala Lumpur pada 2 September ini,” katanya lagi.
Antara lagu popular yang bakal dinyanyikan KangenBand adalah Terbang Bersamaku, Takkan Terganti, Kembali Pulang dan banyak lagi.
Pada ini, peminat juga bakal dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi jemputan iaitu AndraBagindas.
Tiket untuk menyaksikan Konsert Live In Kuala Lumpur KangenBand: Kangen Pada Kenangandijual pada harga RM4800 (VIP Box); RM355 (Diamond); RM305 (Platinum); dan RM255 (Gold).
Sementara pembelian awal atau ‘earlybird’ pula hanya RM200 bermula 15 hingga 30 Jun ini.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menemui jenazah, Pitt Hanif yang juga anak kepada pelakon Fauziah Nawi sebentar tadi, lapor Awani.
Berkongsi berita sedih itu, Fauziah nawi menerusi Facebook, beliau baru sahaja dimaklumkan mengenai penemuan arwah anaknya oleh adiknya yang berada di lokasi kejadian.
“Saya Hajjah Fauziah Haji Nawi ingin mengumumkan bahawa jenazah anak saya Mohd Firdaus Haji Mohamad Hanif ataupun dikenali sebagai Pitt Hanif telah pun ditemui dalam keadaan yang sangat elok,” maklum Fauziah secara langsung di Facebook peribadinya.
Dalam keadaan sebak, seniwati itu berterima kasih pada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan Allahyarham Pitt sepanjang kehilangannya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan, berusaha mencari jenazah anak saya,” kongsi Fauziah yang turut meminta maaf kerana tidak mampu untuk menjawab panggilan telefon semua pihak yang menghubungi.
Pitt Hanif, 43, yang juga seorang pengarah filem dikhuatiri lemas sejak Sabtu selepas bot fiber dinaiki di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang sekitar pukul 1 tengah hari.
Sumber: Awani, Facebook Fauziah Nawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Astro terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju hiburan isi rumah di Malaysia dengan mengumumkan kemasukan rasmi Prime Video ke dalam ekosistem hiburannya.Pelanggan kini boleh menikmati...