Usahwan yang juga isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida ada berkongsikan saat dirinya mendirikan rumah tangga bersama suaminya kira-kira 13 tahun lalu.
Jelasnya menerusi salah satu entri di Instagram, perkenalan bersama suaminya sangat singkat dan keduanya diijabkabulkan setahun selepas berkenalan.
“Tetiba gambar di keluar kat FB, kenal tahun 2006. 2007 kahwin. 2008 dapat @ammarahyan_terlajaklaris. Tapi @aliffsyukriterlajaklaris yg ajak saya kahwin walaupun umur dia 19 tahun waktu tu, baru nak masuk 20 tahun.
“Siap datang jumpa mak saya cakap ‘saya nak kahwin dengan ida’. Waktu kahwin ni umur saya 22 tahun dan @aliffsyukriterlajaklaris 20 tahun. Sekarang saya dah 34 tahun dan dia 32 tahun, saya tua 2 tahun,” maklumnya.
Pada masa sama, Shahida turut mendedahkan mak andam yang mentariasnya ketika bergelar raja sehari ialah kakak suaminya, Noor Hayati Kamarzaman.
“Pastu mak saya cakap kalau dah suka kahwinlah…elok la ada orang nak…..kalau jual mahal sangat esok2 x ada orang nak baru tahu!
“Kesimpulannya nasib baik @aliffsyukriterlajaklaris nak kat saya!!! kan….untung la kan🥰.
“Masa ni saya selalu jadi model butik pegantin syahirah….rezeki saya waktu nikah dan sanding baju saya pun mereka sponsor…..yg jadi mak andam waktu ni pula kak @yatie_sendayutinggi,” tulis Shahida.
Serentak dengan perkongsian tersebut, pengguna media sosial turut meninggalkan komen pelbagai. Malah ada yang terus mendoakan kebahagiaan mereka buat selamanya.
Sedang menanti detik untuk melahirkan anak kelima, pasangan ini turut dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi.
Aliff dan Shahida turut menjaga seorang anak angkat.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI