Penyampai radio, Deen Hot FM menghadiahkan isterinya sebentuk cincin baru bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke empat.

Menurut Deen atau nama sebenarnya Nordin bin Haji Madian, cincin tersebut sebenarnya telah menjadi idam-idaman isterinya semenjak zaman sebelum berkahwin lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by deen (@deen_hotfm)

 “Inilah dia perangai sebenar @misswada ye, orang utara kata suka dok terenyeh-renyeh.

“Sebenarnya, dari sebelum bertunang, memang dia dah aim nak cincin ni (kawan-kawan rapat dia taw la).

Ads

“Tapi, sorry sayang waktu merisik you tak dapat, waktu tunang pun tak dapat & waktu kahwin pun tak dapat jugak,” tulisnya di Instagram.

Menerusi video berdurasi hampir 50 saat itu, Deen turut menitipkan doa semoga perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke jannah.

“Sengaja I simpan nak bagi waktu ulangtahun ke-4 perkahwinan kita I love you so much, semoga ikatan perkahwinan ini terus kuat & utuh. Doakan kami ye,” kongsinya lagi.

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji telatah comel pasangan tersebut selain turut menitipkan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan buat Deen dan juga isteri.

“Waktu Tunang Tak Dapat, Kahwin Pun Tak Dapat,” – Rai Ulang Tahun Perkahwinan, Deen Hot FM Hadiahkan Isteri Cincin Idaman! “Waktu Tunang Tak Dapat, Kahwin Pun Tak Dapat,” – Rai Ulang Tahun Perkahwinan, Deen Hot FM Hadiahkan Isteri Cincin Idaman!

Ads

Terdahulu, Deen telah mendirikan rumah tangganya bersama wanita pilihan hati, Siti Nur Warda Aminuddin pada 2 Disember 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Leia Zarra yang kini baru berusia satu tahun sembilan bulan.

Sumber: Instagram Deen Hot FM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI