“Walapun Dapat Duit Shooting Atau Duit Bisnes Beratus Ribu Sekalipun, I Tak Kan Senang-Senang Nak Boros…,” – Mawar Rashid Berjimat-Cermat

Share

Pelakon, Mawar Rashid mengakui dia sudah dilatih untuk berjimat-cermat sedari awal kerana sedar, bukan mudah untuk mencari duit.

Malah dia juga bersyukur dengan pengalaman lalu kerana sekurang-kurangnya, ia menjadi semangat serta kekuatan buatnya dalam menempuh hidup kini.

“Mekwa bangga bawak ‘MIMI’.. hehe, MIMI tu nama kete MYVI Mekwa la.

“Mekwa ni mmg jenis x suke memBAZIR, sbb mekwa tahu betapa susah nye nak cari duit. Dari kecik hidup susah, jd x nk manjekan hidup senang lenang mcm tu.

“Syukur sbenarnya dpt rasa NIKMAT susah tu, SEMANGAT jiwa raga jadi KUAT sbb memori kesusahan dulu.

“NAIK BUS METRO JE DULU pi skolah. Nk jimat punya pasal. 50sen je! kalu rapid mahal sikit.

“Walapun dpt duit shooting/duit bisness beratus ribu skalipun, I tak kan senang2 nak boros, nak habiskan duit I.

“Buat apa nk hidup pakai kete mahal2, barang mahal2, tapi saving takde? Income tak stable? Sedeeyyyy,” tulisnya.

Sambil mengakui dia juga turut pasang niat untuk mempunyai kereta idaman, namun hasrat tersebut perlu ditangguh terlebih dahulu.

Ini kerana, Mawar mahu belajar mengenai cara pengurusan kewangan dengan baik dari mereka yang pakar dan buat masa ini, fokusnya adalah untuk menyimpan dan membuat pelaburan.

“Pada masa yang sama, Kan ramai yg follow Mekwa, kalau Mekwa asyik nk tunjuk pakai brg mahal, asyik2 nak pakai baju baruu je, pakai kete mahal, sume pun terpengaruh, nk terikut.

“Lain la kalau you all mmg hidup senang tu x de masalah la kan. Buat ape pakai kete CLASSY tapi duit dalam poket tarak, saving tarak, investment tarak kan?

“Kite kan patut jimat cermat, pandai simpan duittt githuww, lebih baik mekwa tunjuk kat korg yang it’s okay hidup sederhana, janji dalam pocket menebal, dalam savings beranak2.

“Tipu la kalau Mekwa takde kete Idaman.. ofcos ade, tapi I kene sabar and tahan nafsu.. after I blajar ngan guru2 I @koijamal , @iezayusofofficial tentang kewangan, I lagi lah happy ada ilmu tentang kewangan ni.. dengan ilmu, nak buat pape pun jadi bersemangat!

“SEKARANG I aim untuk ada SAVINGS and INVESTMENT, baru la boleh pencen awal! Kereta idaman Mekwa guano terr?

“Hehehe.. takpe.. bila dah ready, bila dah ada extra duit nanti laa, cukup lah myvi i ni boleh gerakkan I kesana kesini kesana kesini.

“NAK TAK KALAU MEKWA SHARE ILMU2 KEWANGAN yang Mek blaja ngan guru2 Mek!?Bukan pasal kewangan je, Mek nak GUIDE cara nk CETAK DUIT jugak!

“Kalau nak, gi tekan link kat bio Mekwa dulu.. duduk dulu dalam circle Mekwa tu.. FREE JE. TAK PAYAH BAYAR PAPE PON! Okbye #SPEED2020 #mybabyboy #mawarosemestiraya,” kongsi Mawar panjang lebar.

Foto: Instagram Mawar Rashid

Published by
MH