Rezeki selebriti terkenal, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Diva AA kian mencurah-curah selepas kembali aktif dalam industri hiburan tanah air kebelakangan ini.
Selepas mendapat perhatian peminat selepas menjadi hos rancangan Lagu Cinta Kita 2, terbaru Azwan memaklumkan telah menerima satu tawaran lakonan di bawah syarikat produksi milik penerbit terkenal, Erma Fatima.
“#THROWbackLEGENDdivaAA. MCM MIMPI DAPAT OFFER BERLAKON BAWAH PRODUCTIONS DIVA ERMA FATIMA!
“KENAL DIA BERTAHUN TAHUN! WALAUPON DIVA AA KUAT CARUT DIVA ERMA FATIMA?
DIA? #WhyBOTHERX. KALAU LAH SEMUA ARTIS MCM DIVA ERMA FATIMA?
“BTW APA IG DIVA ERMA FATIMA? TAG DAPAT RM200 TC APPLIES #SEEourLEVELLL,” tulisnya menerusi hantaran di akauan Instagram.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat ada meluahkan rasa teruja apabila pengacara sensasi itu bakal kembali bergiat aktif dalam dunia lakonan pula selepas ini.
Foto: Instagram Azwan Ali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Khidmat Tyzo Bersama Suria FM Berakhir
Suria FM dengan ini mengumumkan bahawa khidmat penyampai Suria Petang, Tyzo Xander, sebagai penyampai Suria berakhir pada 12 Januari 2024.
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), keputusan yang dibuat merupakan langkah Suria FM dalam merangka strategi dan perancangan baru untuk menghasilkan produk yang lebih menarik dan segar bagi tahun 2024 hingga seterusnya.
Suria FM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tyzo di atas kerjasama yang diberikan sepanjang bersama Suria.
“Jalinan kerjasama Suria FM bersama Tyzo merupakan satu tempoh kerjasama baik. Kami mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau.
“Kami telah pun merangka strategi dan perancangan baru bagi tahun 2024 dan seterusnya untuk memastikan jenama Suria FM kekal relevan dan terus memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar.
“Perkembangan selanjutnya berkenaan program dan strategi Suria FM akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Suria menyokong dan percaya serta mendoakan Tyzo akan terus berjaya dalam bidang berkaitan atau bidang lain yang diceburi,” kata DJ Lin
DJ Lin turut berharap semua pencinta radio dan pendengar setia Suria terus menyokong Suria FM.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dengan Mudah Mendapat Syafaat,” – Amar Baharin Dipermudah Masuk ‘Taman Syurga, Hadiah Istimewa Hari Lahir Kedua Anaqi
Kini berada di tanah suci bagi mengerjakan umrah bersama keluarga, Amar Baharin berkongsi kegembiraan apabila urusannya memasuki Raudhah dipermudahkan.
Lebih bertambah bermakna, ia bersamaan dengan hari kelahiran putera, Aqeeq Anaqi yang kedua.
“Alhamdulillah, Anaqi baru sahaja keluar daripada Raudhah. Alhamdulillah dapat berdoa dan bersolat sunat di hadapan mimbar Rasulullah SAW.
"Anaqi akan melawat makam Rasulullah sempena hadiah hari lahir Anaqi pada 15 Oktober 2019 genap umur dua tahun,” tuturnya menerusi video yang dikongsi.
“Rasulullah bersabda:
Antara mimbarku dan rumahku merupakan taman dari taman-taman syurga” (HR. Al Bukhari & Muslim)
“Alhamdulillah mendapat syafaat bila birthday boy @aqeefanaqi bersama-sama jemaah lain dengan mudah memasuki kawasan Raudah. Rezeki @aqeefanaqi syukur alhamdulillah .
“Hadiah terindah for you anakku @aqeefanaqi . Happy Birthday to you.
#AnaqiTurns2
#15October2019
#journeyoflove
@massnizamgroup,” kongsinya.
Pasangan ini menuju ke tanah suci Mekah pada 14 Oktober lalu bagi mengerjakan umrah. Semoga dipermudahkan urusan.
Foto : Instagram Amar Baharin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Minat Emas Sejak Muda, Rozita Cerita Gaji Pertama Kerja Pramugari Dulu Buat Beli Gelang RM2,000
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, 52, mengakui dia wanita yang cukup berminat dengan barangan kemas sejak di usia muda.
Rozita yang mesra disapa Che Ta berkata, aksesori perhiasan wanita itu bukan sahaja sebagai pelengkap gaya, sebaliknya boleh dijadikan aset pelaburan jangka panjang.
“Ya saya memang teruja apabila bercakap mengenai emas. Ia juga dekat dengan wanita. Macam saya sendiri, tiap kali Aidilfitri barangan kemas mesti kena ada, biar nampak ‘outstanding.’
“Senang cerita, saya memang seorang yang menitik beratkan soal penampilan dan barangan perhiasan. Tiap kali raya memang akan ada barang kemas baru, tapi ikut kemampuan.
“Memang saya minat emas sejak muda. Bayangkan ketika dapat gaji pertama sebagai pramugari dulu, saya sanggup berhabis beli gelang harga RM2,000,” katanya kepada MH.
Rozita berkata demikian pada majis pelantikannya sebagai ‘muse’ atau sosok persona produk bagi Koleksi Eksklusif dan Koleksi Raya Angsa Emas Jewellery (AEJ) bagi tahun 2023, di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Bersyukur atas tawaran yang diterima, Rozita akui sebagai wanita berdikari, dia perlu bijak menguruskan kewangan, termasuk hal melibatkan barangan yang dibeli.
“Saya jarang mengenakan aksesori yang tiada ‘re-sell value’. Macam sesetengah orang hanya suka barangan yang jenama, saya pula sebaliknya.
“Sebab itulah kalau koleksi tas tangan saya pun, ada nilai untuk dijual balik. Itu sebahagian daripada cara kita buat pelaburan juga. Bukanlah dikatakan saja nak membazir.
“Begitu juga dengan emas. Kita boleh milikinya dalam bentuk ‘gold bar’ atau dipakai sebagai perhiasan.
“Macam saya, lima tahun pertama bekerja untuk cari duit, lima tahun setersusnya kalau boleh biarlah duit itu ‘beranak’ untuk kita,” katanya lagi.
Dalam pada itu, sebagai peneraju perniagaan emas patuh syariah, AEJ optimis melaksanakan misi memperluaskan industri emas dan melakukan kolaborasi strategik.
Pengarah AEJ, Datuk Zulhilmi Mukhtar berkata, pihaknya mahukan transaksi jual beli emas secara bersemuka dan di atas talian serta memperluaskan cawangan perniagaan.
“Kami sedang membangun dan memperkasakan perlaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) patuh syariah di dalam perniagaan emas.
“Antara perancangan lain syarikat membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara, menggiatkan lagi aktiviti promosi dan kolaborasi korporat untuk memperkenalkan nama Angsa Emas Jewellery.
“Syarikat juga menawarkan peluang pelaburan kepada pelabur dengan menjadi pelopor perniagaan patuh syariah di Malaysia,” katanya.
Keahlian AEJ Takaful misalnya adalah sebuah pelan keahlian baharu yang diperkenal oleh Angsa Emas Jewellery kepada ahli-ahlinya atas kerjasama dengan Modularsoft yang diunderait oleh Etiqa General Takaful Berhad.
Pelan keahlian ini menawarkan faedah yang lebih baik dengan memberikan nilai mata yang lebih tinggi untuk setiap pembelian.
Selain itu, ia turut memberikan perlindungan kemalangan peribadi yang bernilai sehingga RM30,000 untuk kematian atau hilang upaya menyeluruh secara kekal yang disebabkan oleh kemalangan.
Pelan berkenaan terbuka untuk warganegara Malaysia yang beragama Islam serta berumur dalam lingkungan 18 tahun hingga 65 tahun.
Terdahulu, Angsa Emas Jewellery diasaskan pada 18 Ogos 2016 oleh Datuk Zulhilmi Mukhtar dan Datin Normadora Mohd Nor.
Mengutamakan reka bentuk eksklusif selain turut menerima pelanggan luar negara, AEJ kini mempunyai dua buah kedai iaitu di Bangi dan Shah Alam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI