Pelakon dan pengacara, Yana Samsudin amat sinonim sebagai seorang Muslimah yang cantik dan senyuman manis beserta lesung pipitnya itu.
Lantas, suaminya, Fadzil Zahari turut mendoakan agar isterinya itu mengekalkan imej sedemikian (berhijab).
“Ya Allah Ya Tuhanku teruskan istiqomah dalam diri kami…
“Teruskan istiqomah dalam diri isteriku agar kekal berhijab walau apa cabaran menimpa, walau aku masih ada atau sudah tiada di dunia ini… amin,” tulis Fadzil.
Foto tersebut melihatkan Yana sekeluarga berswafoto di di sebuah restoran.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen turut sama mendoakan agar penghijrahan pengacara CJ Wow Shop itu kekal selamanya.
Untuk rekod, Yana mula menyarungkan hijab pada Mei 2015.
Foto : Instagram Fadzil Zahari
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tamat Pengajian Masters Dengan Pointer 3.78, Hos Hawa Rizwana Syukur Nikmat
Pengacara dan personaliti televisyen, Hawa Rizwana Redzuan berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam jurusan Ijazah Sarjana Komunikasi Massa.
Berkongsi slip keputusan di laman Instagram, Hawa dilihat telah berjaya menamatkan semester akhirnya itu dengan himpunan purata nilai gred 3.78.
Pengacara program Wanita Hari Ini itu nyata bersyukur kerana dirinya berpeluang untuk menamatkan pengajian selama empat semester meskipun hanya bergelar pelajar separuh masa.
“Alhamdulillah. I am so grateful to have gotten the opportunity to complete my Master Level course within 4 semesters as a part time student and working at the same time,” tulisnya.
Sementara itu, Hawa juga dilihat ada menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang tidak henti-henti menyokongnya selama ini
“Thank you for the endless support dearest family, lecturers and friends. Till i see you again @uitm.official,” katanya lagi.
Entri tersebut nyata telah menarik perhatian ramai pihak termasuklah daripada penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah malah ada juga yang menyifatkan Hawa sebagai sumber inspirasi buat mereka.
Sumber: Instagram Hawa Rizwana Redzuan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Ikut Konsert, Syuk Dedah Punca Keluar New Boyz
Umum mengetahui, kumpulan, New Boyz merupakan antara band popular tanah air yang pernah mencetuskan fenomena sekitar tahun lewat 90-an.
Malah, kebanyakkan lagu-lagu hits mereka masih lagi menjadi siulan ramai sehingga hari ini.
Bagaimanapun, seperti band-band lain, New Boyz juga ada fasa naik dan turun.
Sebagai contoh, selepas kejayaan dua album pertama, pemain bass, Syuk memutuskan untuk menarik diri daripada New Boyz lalu digantikan dengan Zack.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di aplikasi Tik Tok, Syuk ada menjawab pertanyaan netizen mengenai punca dia meninggalkan New Boyz sewaktu kumpulan tersebut sedang berada di puncak kerjaya.
Jelas Syuk, antara sebab dia meninggalkan kumpulan New Boyz kerana menyifatkan dunia glamour ini sememangnya penuh dengan cabaran.
@_sauxx Reply to @mrarjuna01 ♬ Hanya Tinggal Sejarah – New Boyz
“Mungkin jodoh dengan New Boyz tak panjang dan dunia glamour penuh pancaroba,” tulisnya ringkas.
Video berkenaan nyata mendapat respon pelbagai daripada ramai pihak sehingga meraih hampir 400,000 jumlah tontonan.
Terdahulu, News Boyz baru sahaja selesai mengadakan konsert reunion New Boyz: Sejarah Mungkin Berulang yang berlangsung pada 10 dan 11 Februari lalu.
Bagaimanapun, ketiadaan Syuk dan Along yang juga merupakan pemain drum nyata mengundang tanda tanya di kalangan peminat.
Ketika ditemui media, vokalis New Boyz yang juga merupakan penyanyi terkenal, Tomok memaklumkan beberapa anggota kumpulan lain tidak dapat ikut serta kerana terikat dengan komitmen-komitmen lain.
@mediahiburanofficial Replying to @marchi@marcho buat yang tertanya-tanya mengapa Shuk dan Alonh tidak terlibat untuk konsert #newboyzsejarahmungkinberulang ♬ original sound – Media Hiburan
“Saya cuba hubungi Syuk dan Along tetapi mereka punyai komitmen lain. Kita berlatih ni ambil masa yang sangat lama sehingga memakan masa berbulan-bulan.
“Kalau ikutkan hati, memang saya nak bawa Syuk dan Along bermain pada konsert ini. Along pun saat terakhir dia tak dapat ikut serta walaupun dah beri komited pada awalnya.
“Mana yang ada, kita jalan dulu. Syuk saya tak pasti sama ada dia masih bermain muzik atau tidak. Along pula masih lagi aktif,” katanya kepada MH.
Konsert yang berlangsung di Stage 1 Theatre, PJ Performing Arts Centre (PJPAC) baru-baru ini, New Boyz berjaya menggamit kenangan lama lebih 1,400 penonton yang hadir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok @_Sauxx & Aimangraphy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Psiko Betul, Seronok Dan Gelak-Gelak Cerita…,” – Ada Sebab Rita Rudaini Tegur Sesi Podcast Budak Asrama
Pelakon Rita Rudaini berang dengan perkongsian sebuah program podcast yang secara terbuka menceritakan mengenai pengalaman dan kisah-kisah nakal sewaktu di sekolah berasrama penuh (SPB).
Tambah mengejutkan apabila tetamu program tersebut turut mendedahkan dia pernah memasukkan racun tikus di dalam botol kicap untuk mengenakan pelajar-pelajar lain di asrama.
Menurut Rita, kisah seperti ini akan memberikan pengaruh tidak baik buat pelajar asrama dan perbuatan meletakkan racun di dalam makanan sememangnya keterlaluan.
“Dengan rasa bangga bercerita. Kali kedua buat pula tu. Yang interview pun tak rasa ke tak perlu kot. Interview macam cerita itu kelakar pula. Podcast macam ni akan di tonton oleh pelajar yang pendek akal macam perempuan ini.
“Psiko betul. Seronok dan gelak-gelak cerita
untuk bagj pengajaran dekat orang tapi interview ni jadi macam tak sensitif. Racun tikus kot bukan honey yang nak gelak-gelak. Kenapa dengan orang sekarang ya?,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh pelakon drama Shah Alam 3000 itu menerusi hantaran di Instagram Stories.
Pada masa sama, Rita turut memberikan teguran buat pengandali-pengendali program podcast untuk lebih bijak memilih konten agar dapat memberikan manfaat kepada penonton.
“Untuk adik-adik yang baru ‘nak up’ dan teringin nak buat podcast dan temubual apa-apa isu, tolonglah berilmu. Kalau kata tak cerdik, merentan macam budak kecil.
“Agak-agaklah topik suspense dan sedih nak buat gelak-gelak. Niat asal nak bagi pengajaran pada orang tapi tak sampai.
“Kalau budak-budak yang tidak ada akal macam perempuan tu tengok nanti terdetik dalam hati ‘Best juga ni. Kena cuba ni letak racun dalam botol kicap. Gempak kot’. Dengar cerita gelak-gelak macam seronok sangat ni,” kongsinya.
Sementara itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut kecewa dengan penggunaan bahasa yang digunakan di sesetengah program podcast yang dilihat seperti kurang sopan hanya kerana ingin terlihat santai.
“Satu lagi, ada yang konon-konon nak santai-santai tapi bahasa ‘sial doh’, ‘gempak sial’ dan entah apa-apa lagi. Yang tengoknya budak-budak.
“Nak santai pun, santailah juga tapi biar nampak berilmu dan bagi impak bagus untuk anak-anak muda dan orang tua,” akhirinya.
Terdahulu, program podcast yang mencerikan mengenai pengalaman di asrama ini nyata menerima respon pelbagai daripada netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI