Penyanyi, Naim Daniel semakin menjadi perhatian rakan selebriti dan peminat selepas meraih gelaran juara di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) menerusi lagu Sumpah.
Lalu, rata-rata rakan selebriti turut memberi ucapan tahniah atas kejayaan Naim merangkul gelaran juara di anugerah muzik tahunan berprestij itu.
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah misalnya ada menitipkan ucapan tahniah seterusnya mendedahkan sikap baik Naim menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsi ibu kepada seorang cahaya mata itu, Naim memiliki bakat nyanyian yang hebat dan sangat merendah diri.
Ads
“Congratulations @naimdanielx Talented, humble and kind. 1 thing about Naim, tak pernah berubah dari kecil sampai lah dah bujang sekarang attitude tetap sama. Sangat baik dan hormat orang tua.
“Kalau jumpa bella salam and mesti akan tanya mana mama ayah even tho ayah jauh kat dalam kereta dia pergi juga sebab nak salam.
Ads
“MashaAllah didikan dari keluarga yg baik. Your parents must be proud of you! Like everyone else do,” tulisnya.
Anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim akhirnya bersuara sekaligus menjelaskan mengenai isu tular melibatkan dirinya di media sosial.
Menerusi beberapa hantaran di Instagram, gadis terbabit menerangkan mengenai beberapa perkara berkaitan.
Menurut Marissa, apa yang berlaku adalah tanggungjawabnya dan ia tiada kaitan dengan ibu bapanya yang telah membesarkan dia dengan baik.
Sekaligus, Marissa meminta agar tidak melibatkan kedua orang tuanya dan meminta semua pihak agar menjaga kata-kata supaya tidak berlakunya fitnah.
Dia pada masa sama turut menjelaskan, dia dan pihak berkaitan sudah tiada apa-apa dan akui telah melakukan kesilapan.
Bagaimanapun Marissa menyayakan dia tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan untuk membela dirinya.
Marissa antara lain turut menafikan dakwaan yang kononnya dia dan Aslam meraikan penceraian Umisya seperti yang dihebohkan di media sosial oleh Misya.
Tegas Marissa, ia salah satu dakwaan tidak benar.
Bagaimanapun kata Marissa lagi setiap orang mempunyai pandangan berbeza dalam sesetengah perkara tetapi memiliki hak untuk bersuara, sama seperti dirinya.
Terdahulu sensasi tercetus di media sosial apabila seorang wanita mendakwa rumah tangganya telah diganggu Marissa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siri popular Netflix, Squid Game telah melakar sejarah baharu apabila kedua-dua pelakon utama drama bersiri itu berjaya menggondol dua anugerah utama Screen Actor Guild (SAG) Awards 2022. Lee Jung-Jae dan Jung Ho-yeon masing-masing dinobatkan sebagai pelakon lelaki dan pelakon wanita terbaik kategori drama bersiri.
Sebelum ini Squid Game telah pun mencipta sejarah tersendiri apabila ia menjadi drama Korea dan drama berbahasa asing pertama dicalonkan di SAG Awards.
Momen nama kedua-dua pelakon utama itu dipanggil untuk menerima anugerah, ternyata mengundang senyum dan juga air mata kebanyakan yang menghadiri majlis berprestij itu. Bagi Jung Ho-Yeon, saat Kemenangannya jelas menjadi detik yang penuh emosi baginya.
“Pertama sekali, terima kasih banyak-banyak. Saya telah duduk berkali-kali menonton anda semua yang berada di depan saya di skrin besar, mengimpikan suatu hari nanti menjadi seorang pelakon. Terima kasih kerana menjadikan mimpi dan membuka peluang kepada saya. Saya cuma nak ucapkan terima kasih banyak-banyak,” ujarnya sambil menitiskan air mata bercakap dalam bahasa Korean dan dibantu penterjemah.
Dia kemudiannya menyambung ucapan dalam bahasa Inggeris menyatakan penghargaan dan perasaan kasih kepada seluruh kru yang menjayakan Squid Game.
Manakala untuk Lee Jung-Jae pula, dia berkata, “Terima kasih banyak-banyak. Ini benar-benar besar. Saya menulis sesuatu, tetapi saya rasa saya tidak sempat membacanya. Terima kasih banyak, Anugerah SAG. Terima kasih kepada penonton global atas semua cinta anda kepada Squid Game dan terima kasih untuk kru Squid Game.”
Selain dua anugerah besar ini, Squid Game turut menang anugerah bagi kategori aksi cemerlang oleh ensembel lagak ngeri dalam siri televisyen.
Drama bersiri yang mencipta fenomena luar biasa itu telah menerima lebih 3 bilion minit tontonan setakat Oktober tahun lalu dan kini telah disahkan akan disambung untuk musim kedua.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas pertemuan pada Febuari lalu, pelawak Ali Puteh akui sudah lama tidak bertemu dengan anak buahnya yang juga merupakaan anak kepada pelawak, Allahyarham Abam iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Bagaimanapun, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan yakin Hamzah kini berada dalam keadaan yang baik dibawah jagaan ibunya Siti Norhidayah Mohd Ali.
“Perkara itu saya serahkan kepada Allah SWT. Saya ada anak-anak yang perlu dijaga. Yang penting, saya tahu dia sihat dan membesar dengan baik.
“Kalau kita ulas mengenai isu ini, benda elok akan jadi tidak elok,” katanya kepada MH.
Ali berkata semikian ketika ditemui di majlis sidang media Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 yang berlangsung di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Rabu.
Pada masa sama, Ali mengakui merindukan sosok anak buahnya itu yang dikatakan mempunyai perwatakan yang hampir sama dengan arwah Abam sewaktu kecil.
“Ketika kali terakhir saya berjumpa dengan Hamzah, saiz badannya memang hampir sama dengan arwah Abam sewaktu dia kecil. Muka juga memang sangat seiras.
“Perwatakannya juga besar. Jika begitulah keadaannya, itu bermakna dia sihat dan makannya cukup,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia juga bersedia untuk menghulurkan bantuan buat anak buahnya itu sekiranya diperlukan.
“Kalau perlukan apa-apa bantuan daripada saya untuk anak, in sha Allah saya akan hadir. Kalau saya tidak dapat hadir sekalipun, kita akan tetap usahakan juga.
“Saya akan cuba buat sehabis baik untuk anak buah saya itu merasakan dirinya masih mempunyai bapa saudara,” katanya lagi.
Sementara itu, Ali memaklumkan dirinya kini sibuk menguruskan bisnes sambal namun, kerjaya sebagai pelawak tidak akan pernah diketepikan.
“Saya kini fokus dengan bisnes seratus peratus. Bagi saya, bidang ini lebih terjamin untuk saya membesarkan anak-anak. Sehingga tahun 2019, melawak memang merupakan pendapatan utama saya.
“Kini, untuk saya kembali aktif seperti dahulu agak susah. Jadi, kenapa saya perlu tinggalkan bisnes yang telah saya bangunkan dengan baik semata-mata untuk kembali mengejar populariti seperti dahulu.
“Perniagaan memang nombor satu. Namun, jika ada tawaran dan undangan melawak, saya akan datang seperti biasa,” akhirinya.
Sekadar informasi, Ali hadir ke rumah Hidayah pada Febuari lalu bagi melangsaikan tuntutan saman seterusnya berkesempatan untuk bertemu dengan Hamzah selepas hampir empat tahun.
Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu dalam Instagram, dua tahun lalu.
Akibatnya, Ali terpaksa menjual tujuh trofi kemenangan bagi mendapatkan wang untuk melunaskan hutang kakak iparnya.
Antara trofi yang dijual termasuklah trofi program realiti Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar, Projek Komedi Warna dan beberapa lagi.
Selain itu, Ali turut menjual motosikal jenis RXZ berwarna merah dan kereta Honda Accord berwarna putih miliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!