“Walau Berkali, Nervous Tetap Ada,” – Kini Tunggu Hari, Isteri Fad Bocey Harap Baby Lahir Tanggal 10 Oktober 2020

Share

Isteri kepada pelawak dan pengacara, Fad Bocey, Syaheera Rahman ada memasang hajat agar bayi didalam kandungannya itu lahir pada tanggal 10 Oktober ini.

Bagaimanapun, Syaheera mengakui dirinya ada berasa sedikit gementar menantikan detik kelahiran cahaya mata mereka yang keempat itu.

“Kita doa baby keluar 10/10 tau. Menanti hari walaupun berkali dah nervous tu tetap ada.

“Kita doakan sesiapa yang baca post ni yang menanti zuriat moga Allah kurniakan kalian rezeki yang tak ternilai ni.

“Moga dikurniakan anak dari zuriat keturunan yang baik-baik, Amin ya rab,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Syaheera menerusi akaun Instagram miliknya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa buat Syaheera selain turut berharap agar urusan ketika melahirkan nanti akan dipermudahkan.

Terdahulu, Fad dan Syaheera telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Mac 2015.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan anak kembar lelaki Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang anak perempuan bernama Nur Aminah Mishall.

Sumber: Instagram Syaheera Rahman

Published by
Aizam Manaf