Bersempena dengan sambutan Hari Bapa baru-baru ini, pelawak dan penyanyi, Achey ada memberikan dedikasi istimewa buat permata hatinya yang dijaga sejak kanak-kanak itu baru lahir ke dunia.

Achey memanjat rasa syukur kerana kehadiran anak angkatnya, Tiara Zinnirah dalam kehidupannya bersama isteri, Nor Hasanah Yahaya atau lebih mesra dipanggil Anne nyata menjadi pelengkap kebahagiaan rumah tangga.

“Dialah punca! Aku merasa hari ini. Aku bersyukur pada Allah.

IKLAN

“Jika tidak DIA kurniakan tiara zinnirah kepada ku… tidak dapat aku merasa gelaran sebagai bapa di hari bapa.

“Walau bukan dari rahim isteriku tapi Allah isikan kasih sayang kami yang tiada arah dahulu…. kini dapat di curahkan kepadanya.

IKLAN

“Ayah akan lakukan sebaik mungkin untuk kamu nak.

IKLAN

“Maaf ayah pohon kepada awak n mama jika ada kekurangan pada ayah dalam menjalankan tanggungjawab. Ayah sayang awak ucuk acham,” tulisnya menerusi posting yang memuat naik foto kanak-kanak comel itu.

Lalu, luahan hatinya nyata membuatkan ramai terharu dan sebak. Rata-rata memberikan kata semangat buat Achey.

https://www.instagram.com/p/CBXH87vAzza/?igshid=1f30u6dr3tv3p

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI