Meskipun sudah mendapat cuti rehat sakit daripada doktor, pelakon Scha Elinnea meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa penerbit enggan memberi pelepasan untuk dia berbuat demikian.
Meluahkan perasaannya di InstaStory, Scha atau nama sebenar, Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 23, berkata penerbit sebaliknya meminta dia berehat di lokasi penggambaran sahaja.
“Produksi jenis apa dah tahu pelakon sakit demam panas sampai menggigil dan tetap kena datang ke set penggambaran.
“Sudah ke klinik dan doktor beri saya dua hari cuti sakit (MC) untuk berehat tetapi produser tak bagi lepas, suruh rehat di set,” tulisnya.
Dalam pada itu, Scha turut menambah, ada dalam kalangan kru produksi ‘bercakap buruk’ mengenai dirinya yang dikatakan sengaja ingin menangguhkan penggambaran.
“Selepas bangun tidur, saya tengok dalam grup WhatsApp ada manusia-manusia perli. Memang saya nak habiskan kerja ini cepat tetapi sakit demam bukan saya yang minta.
“Selama ini ‘reshoot’ hampir satu episod salah siapa? Baju konti tiada, salah siapa?”
View this post on Instagram
“Saya dah cukup bersabar dengan persekitaran yang toksik, penat mental. Orang tengah sakit, jangan tambah sakit lagi.
“Jangan ambil mudah dengan sikap berdiam saya,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Scha Elinnea
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI