Pelakon, Yatt Hamzah yang mengalami keguguran anak kelima pada petang Selasa lalu ada menzahirkan rasa sayu dan sedih.

Perkara itu dikongsikan bintang ini buat para pengikutnya di Instagram.

Yatt atau nama penuhnya Haryati Hamzah akui dia kini reda dengan nasib dan takdir yang berlaku.

Pada masa sama, Yatt turut berkongsi momen ketika menanam janinnya itu bersama suami.

“Tunggu Bonda, Abah dan Kakak2 di pintu Syurga ya Anak.

“Bonda namakan Anakanda Bonda ini Muhammad Abdullah kerana Dia tetap anugerah Allah utk Bondanya.

Ads

“Peluang mengandungkannya itu mulia walaupun hanya sekejap saja. Bonda Redha dgn taqdirNYA, mudah2an ada hikmah yg tak ternilai,” tulisnya.

Meski hanya sempat hamil selama beberapa hari, Yatt juga percaya atas segala aturan Yang Maha Esa.

“InsyaaAllah ada janjiNYA yg baik2 utk ibu yg REDHA atas taqdirNYA walaupun hanya sempat mengandungkan beberapa hari sahaja. Wallahu a’lam.

Ads

“AL – FATIHAH..MUHAMMAD ABDULLAH

15 SEPTEMBER 2020, 3.30 PM,” tulisnya lagi.

https://www.instagram.com/tv/CFTR05qgeCT/?igshid=i2w5uave1lv1

Ads

Sekadar informasi, Yatt pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Suci Hanania Malaika.

Bagaimanapun, rumah tangga mereka berakhir pada tahun 2015.

Kemudian, Yatt mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Zulfadli dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Video: Instagram Yatt Hamzah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI