“Walau Kadang Bila Shopping, Mata Duk Pandang Fesyen Yang Dah Tak Boleh Dipakai,” – Watie Usaha & Syukur, Kini Setahun Berhijab

Share

Usahawan yang juga bakal isteri kepada Shuib tidak menafikan proses penghijrahan diri bukanlah sesuatu yang mudah.

Menurut Watie selepas membuat keputusan mengenakan hijab lebih setahun lalu, untuk kekal istiqamah sudah tentu memerlukan kekuatan dalam diri.

“Sometimes the smallest step in the right direction ends up being the biggest step of your life.

“Alhamdulillah genap setahun berhijab walau kadang kala iman naik turun, walau kadang kala bila pi shopping baju mata ni duk pandang fesyen yang dah tak boleh di pakai,” jelasnya.

Watie berkongsi perkara itu menerusi salah satu perkongsian di Instagram.

Bagaimanapun, Watie memaklumkan dia akan sentiasa berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

“Sedar masih banyak kekurangan… Sedar masih banyak yang perlu diperbaiki… Sedar masih banyak yang yang perlu ditutupi.

“But small step are better than none… Slowly but surely… Insya-Allah,” tulisnya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH