Pengasas kosmetik sensasi, Sajat sekali lagi menjadi bualan netizen apabila dia ada memuat sekeping foto di Instagram.
Foto yang dimuat naik merakamkan penyanyi lagu Bobo Di Mana itu ada membeli beberapa barangan, termasuk tuala wanita.
“Benda paling penting dan akan dibawa ke mana-mana. Walaupum mahal kat sini. Tetapi kena ready,” tulisnya.
Lalu, perkongisian dari Sajat yang sudah pun mendapat lebih 40,000 tanda suka itu dihujani dengan pelbagai komen netizen.
Usahawan itu kini sedang berada di Labenon bagi mengikuti kursus jangka pendek dandanan rambut.
Foto: Instagram Sajat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Nak Tolong Mak Sebab Ayah Dah Meninggal,” – Cerita Budak Jual Tisu & Pak Nil Buat Ramai Tersentuh Hati
Satu entri Instagram yang telah dikemas kini oleh hos terkenal, Datuk Aznil Hj. Nawawi nyata menjentik jiwa ramai.
Kisahnya, Datuk Aznil yang sinonim disapa Pak Nil secara tak sengaja telah didatangi seorang kanak-kanak di sebuah premis makanan di Johor Bharu yang mencari rezeki dengan membantu ibunya menjual tisu demi kelangsungan hidup.
Menerusi rakaman yang boleh ditonton secara penuh menerusi saluran YouTube miliknya itu, ia merakamkan gelagat kanak-kanak berkenaan bersama Pak Nil yang dilihat ingin menjual tisu kepadanya.
Bagaimanapun, Pak Nil dilihat dari riak wajah yang sebak apabila mengetahui kanak-kanak terbabit dirinya sudah kehilangan bapa dan cuba membantu si ibu mencari rezeki.
“Berapa ni?” tanya Pak Nil.
“Ikut suka nak bayar berapa,” jawab kanak-kanak berkenaan.
Rata-rata peminat turut sama rasa sebak dan ada di antaea mereka yang mendoakan kesejahteraan kanak-kanak itu dan Pak Nil moga dimurahkan rezeki.
View this post on InstagramA post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on
Sementara itu menerusi satu entri terkini, Pak Nil turut akui rasa terhibur dengan gelagat kanak-kanak berkenaan selain turut menyambut baik andai ada mana-mana penerbit yang ingin mengambil kanak-kanak tersebut berlakon atas bakat semula jadinya.
“Lepas beli semua, #paknil suruh anak itu balik terus. Jgn rayau2 lagi. Terhibur Paknil dapat usik si kecik ini. Sememangnya kejujuran mereka menghiburkan.
“Sesiapa jumpa anak ni di JB, cakap kat dia, Paknil kirim salam dan bg tau dia yg dia dah popular!
“Kalau ada produser nak pelakon kanak2, tolong ambik anak ini, Paknil rasa mcm dia ada bakat yg semulajadi la.
“Suara bercakap pun sedap dan lembut. Semoga Allah menjaga mu anak,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on
Saksikan video versi penuhnya di sini;
Foto: Instagram Datuk Aznil Haji Nawawi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Say No To Plastic,” – Makan Dalam Sungguh Kapsyen Sheila Rusly
Pengacara dan penerbit terkenal, Sheila Rusly ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya.
Kongsi pengacara Ketuk-Ketuk Ramadan itu dia memberi nasihat kepada netizen untuk berkata tidak terhadap pengunaan beg plastik demi menjaga alam sekitar.
Bagaimanapun, kapsyen yang ditulisnya juga cukup ‘makan dalam’.
“Ada orang suka kumpul PLASTIC buat PLASTIC SAMPAH.
“Ada orang suka kumpul KAWAN PLASTIC. Korang yang mana?
“Sis – Say NO to PLASTIC!! #saynotoplastic #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.
Bagaimanapun, rata-rata peminat bersetuju dengan kata-kata perkongsian penerbit berusia 47 tahun itu.
Terdahulu, kempen ‘Say No To Plastic’ telah lama dijalankan demi untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
Gambar : Instagram Sheila Rusly
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hari Pertama Masuk NICU, Seberat 535 Gram & Sekarang Dah 622 Gram,” – Syukur… Suami Abby Abadi Kongsi Perkembangan Baby D
Selepas 30 hari ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).kepada pelakon Abby Abadi, Faizal Zakaria memaklumkan anak mereka kini sudah pun menunjukkan perkembangan positif.
Malah kongsinya menerusi Instagram, Muhammad Danial Firman Faizal atau lebih sinonim dipanggil Baby D dilihat terus kuat.
“Days 30, #MuhammadDanialfirmanfaizal masih di NICU Hospital Sg Buloh, Baby D terus kuat, semakin hari sentiasa ada perkembangan positif.
“Abah dan mama @abby_abadi112 tak sedar masa berlalu begitu pantas, setiap hari tak sabar nak ke hospital, nak berbual2 dengan Baby D, nak pegang tangan…rindu sgt2.
“Abah & Mama x nak baby D sunyi..Abah tahu Baby D dapat rasa sentuhan Abah & Mama, moga terus kuat sayang,” tulisnya.,
Faizal pada masa sama turut memberitahu dia dan isteri kian lega atas situasi baik yang dialami permata hati mereka.
“Hari pertama masuk NICU, Baby D seberat 535 gram dan sekarang dah 622 gram. Susu pun dan minum banyak, lega hati Abah dan Mama.
“Sayang Baby D, Doa Abah & Mama tidak pernah lupa untuk doakan sayang setiap detik dan saat memohon agar Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk Baby D, diberkan kekuatan untuk meneruskan kehidupan moga kita dapat berkumpul.
“Abah tahu Baby D kuat dan tak sabar untuk berada dalam pelukan Abah & Mama, InsyaAllah sayang.
“Baby D tahu tak, ramai diluar sana yang menunggu kabar berita perkembangan Baby, semua tak sabar nak jumpa Baby, mereka juga sayangkan Baby D.
“NICU dah jadi rumah kedua untuk Abah & Mama, tidak ada istilah jemu…yang pasti setiap hari Abah & Mama akan penuhi masa untuk bersama sayang.
“Baby D, Moga Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk sayang, menjadi anak yang solah…Love U Sayang. InsyaAllah setiap impian dan doa pasti menjadi kenyataan,” tulisnya panjang lebar.
Bayi lelaki yang itu dilahirkan pada 27 September lalu dan pasangan ini turut mempunyai dua orang anak angkat iaiti Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
View this post on InstagramA post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on
Foto: Instagram Faizal, Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI