Achey yang kini muncul menerusi single kedua berjudul Sembuh tidak menafikan gelaran pelawak yang dibawa pada mulanya itu secara tak langsung membuka ruang untuk dirinya meneroka cabang seni lain.
Menurut Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, dia pada peringkat awalnya tidak menyangka lagu diterima ramai dan bersyukur atas penerimaan baik yang diberikan.
“Saya pada mulanya nak hasilkan karya atau lagu ini sebagai satu lagi cabang lain dalam diri. Jadi, bidang nyanyian ini adalah sesuatu yang saya suka. Alhamdulillah, ia diterima. Walaupun saya bermula sebagai pelawak, tapi saya diterima baik.
“Mungkin juga disebabkan kisah hidup saya dan keluarga atau suara saya ketika membuat komedi, saya diterima ramai.
“Alhamdulillah, bermula dengan lagu pertama sampai sekarang, masih diterima. Sangat positif perkembangan,” katanya.
Bagaimanapun, Achey mengakui masih banyak yang perlu dipelajari dan cuma mengambil input baik daripada seniman negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
“Tapi untuk menjadi penyanyi profesional, saya berasakan belum layak. Sebab mungkin dari sudut pandangan orang, saya asal pelawak. Tapi kalau diterima, mungkin ia boleh.
“Macam Allahyarham Tan Sri P Ramlee, dia juga pelawak dalam setiap filem lakonannya dan juga penyanyi profesional.
“Jadi, tak salah jika saya mengambil inisiatif sama dan mengambil konsep itu. Walaupun saya pelawak, mungkin boleh menjadi penyanyi profesional.
“Tapi, saya kalau diterima, saya mungkin kena belajar banyak perkara terutama teknik nyanyian,” katanya lagi.
Muzik video rasmi Sembuh yang dilancarkan selepas single pertamanya, Sakit sudah pun menerima lebih 500,000 penonton selepas seminggu ia di muat naik di YouTube.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI