Artis baru dalam genre Nasyid dan lagu ketuhanan yang menggelarkan diri mereka sebagai Zayne kini tampil dengan single penuh kedua berjudul Kaulah Cinta.
Zayne yang dianggotai oleh Abdul, Mateen, Furqan dan Naufal sebelum ini pernah mempertaruhkan lagu berjudul Rindu sebagai single pertama kemudian muncul dengan beberapa lagu rakaman semula atau cover version bersama artis tempatan yang lain.
“Alhamdulillah, selepas hampir setahun tidak keluar dengan single penuh disebabkan kekangan wabak Covid-19, akhirnya kami berjaya juga melancarkan single kedua kami,” kata Furqan sebagai ketua kumpulan.
Teruja dengan pelancaran buah tangan terbaru, Zayna juga optimis mahu memberikan yang terbaik buat pencinta genre pop dan nasyid.
“Kami sangat bertuah apabila kali ini diberi peluang berkolaborasi dengan label produksi arus perdana World Peace Entertainment yang menaungi artis-artis terkenal seperti Naim Daniel dan Ismail Izzani sebelum ini.
“Lagu yang diterbitkan bersama Inteam Digital dan World Peace ini bagi kami sangat sesuai dengan kami,”jelas Mateen.
Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Shaqiel Naufal, Firdaus Rahmat & Mas Dewangga ini merupakan sebuah lagu bergenre pop berentak rancak dengan susunan muzik oleh Mas Dewangga.
Menurut Firdaus Rahmat selaku pencipta lagu, proses rakaman hanya mengambil masa lebih 2 hingga 3 jam.
“Sebelum ini, kami sudah keluar dengan single Rindu yang berentak agak perlahan dam sentimental serta beberapa lagu nyanyian semula, kali ini kami tampilkan single berentak agak rancak ini supaya lebih sesuai dengan jiwa remaja sambil menghayati mesej dari lagu ini,” kata Basit pula.
“Lirik Kaulah Cinta ini walaupun sekali dengar seperti cinta sesama manusia, hakikat sebenarnya ialah ia menyentuh soal cinta teragung iaitu Cinta Pencipta iaitu Tuhan Yang Maha Esa.
“Video klip kami rakamkan di Hotel Mandarin, Kuala Lumpur dan sekitarnya juga membawa mesej walau apa yang kita lakukan, kita mesti sentiasa melaksanakan kewajipan kita kepada Ilahi,” tambah Naufal.
Lagu Kaulah Cinta telah pun berada di seluruh platform digital dan muzik video rasmi di YouTube telah pun ditonton lebih 40,000 sejak dimuat naik sebulan lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI