Meski tidak dibesarkan ibu kandung, pelakon dan usahawan Wawa Zainal tetap memberikan kasih sayang sepenuhnya.
Menerusi satu video yang dikongsikan, Wawa dilihat telah membuat satu kejutan insan tersayang dengan menghadiahkan kek yang terisi dengan duit.
Di samping itu, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin turut menitipkan kata nasihat untuk sentiasa melakukan kebaikan kepada ibu bapa.
View this post on Instagram
“Tips murah rezeki, bahagiakan orang tuamu… Selamat ulang tahun mak.. walaupun wawa bukan lah dibesar kan oleh ibu kandung, wawa cuba sedaya upaya untuk adil kepada kedua ibu.
“Mencuba menjadi anak yg sentiasa membahgiakan ketiga tiga orang tua ku.
“Kalau ada yg sama macam wawa (bukan dibesarkan oleh ibu kandung) sayangi mereka .. kasihi mereka.. selagi masih ada.
“Hargai waktu yg dipunya.. tu la kata2 Bunga citra lestari yg wawa akan igt sampai bila2.
”Hargai setiap moment setiap waktu yg kita punya btw mak happy sgt dapat #wawagiftset @wawacosmeticshq tu,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen pula, Wawa turut ditanya peminat mengenai siapalah wanita yang raikan itu, lalu memberitahu dia ialah ibu kandungnya.
Sekadar informasi, Wawa berkahwin dengan pelakon Aeril Zafrel pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5 dan Aya Soffya, setahun.
Sehingga kini, video yang dimuatnaik telah pun menerima lebih 400,000 tontonan.
Foto: Instagram Wawa Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI